Pages

May 11, 2012

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Tak sangka dah sampai ke perlawanan penutup tirai Liga Perdana musim ini. Perlawanan ini taklah penting sangat bagi kedua-dua pasukan kerana Swansea selamat kekal di Liga Perdana manakala Liverpool pula tak perlu susah-susah kerana peluang ke Eropah dapat secara otomatik.

Saya rasa kesebelasan akan dirombak bagi beri peluang kepada pemain yang tak main masa lawan Chelsea diturunkan. Tapi macam yang saya berbuih mulut cakap dan harap ialah pemain muda perlu di berikan peluang sebelum rehat panjang musim panas ini. Paling saya mahu tengok ialah Suso, tapi itu macam mustahil.

Saya tak kisahlah apa yang terjadi dalam perlawanan ini kerana macam-macam dah kita lalui bila berhadapan dengan pasukan kerdil macam Swansea. Peminat dok sangka takda masalah nak menang tapi pertarungan atas padang kadang-kadang diluar jangkaan.Ini kerana pasukan kita bukan lagi sehebat 4-5 tahun lepas. Kat tempat sendiri pun susah nak menang apatah lagi dikampung orang. Tapi kalau menang ianya bonus kerana kita boleh naik kembali ke tempat ke-7 itupun jika Everton buat taik.

5 comments:

  1. liverpool 1 swansea 1

    ReplyDelete
  2. Sterling masuk sub 2 3 game ni nampak potensi jadi winger ke-2 utk Liverpool season depan.Cross pn memang tepat..

    Harap2 mlm nie dapat bagi die peluang main 1st eleven.

    -------Pepe Reina-----
    Glen---Carra---Agger--Enrique
    Downing--Hendo--Jonjo--Sterling
    -----Suarez----Carroll------

    Enrique 2/3 game kebelakangan nie xtaw la kenape bangang sangat bile nk defend.Badan besar tapi xtaw nk guna..nk masuk dekat pn xnak, lg laa player lawan senang nk cross.


    -pokdin

    ReplyDelete