Jangan marah jangan sedih. Pemergian Kenny Dalglish diatas merit bukannya saja suka-suka pihak FSG hendak melukakan hati ikon Liverpool itu. Kemasukan Kenny selepas FSG mengambil alih dari H&G secara dasarnya untuk mengembalikan kestabilan kelab dan bukan untuk jangkamasa panjang. Tetapi apabila mereka memberikan dana untuk pembelian pemain yang mencecah 50juta (hanya separuh dari 100 juta,ditolak untung jual Torres), maka pelaburan itu mesti ada labanya dan mereka telah setkan 4 teratas adalah sasaran minima.
Macam kisah Empayar Rom, kejatuhan Empayar Raja Kenny juga diatas kelemahan beliau dan pembantu beliau Comolli mencari pemain yang betul-betul ngam dengan corak permain musim sebelumnya. Faktor nasib malang kena palang dan isu rasisma Evra lahanat juga faktor membantu tapi apabila Kenny berupaya membawa masuk penyerang macam Jelavic dia melepaskan peluang itu kerana mahu buktikan pembelian termahal beliau Carroll menjadi. Ya menjadi tapi 4-5 perlawanan terakhir tapi dah tak bermakna kerna tali gantung untuk Kenny dah hampir ketengkuk.
Lagi satu ialah kes Downing yang juga saya rasa Kenny amat tertekan untuk buktikan pembelian beliau bawa hasil. Downing kalau ikut sejarah dia di Boro dan Villa pun sama mcam musim ini. Musim pertama melingkup tapi akan terus hebat musim selepas itu. Jadi impak yang diharapkan macam musim lepas di Villa tak menjadi kerana Downing ialah Downing yang macam dulu-dulu. Saya tak harap beliau kekal kerana pengurus baru perlukan dana dan Downing yang dah tua akan jadi mangsa.
Lain-lain hal saya tak rasa salah Kenny dan beliau tak mampu mengawalnya. Malang sungguh segalanya diluar perancangan dan berakhirnya era romantis Kenny setelah kepulangan kali kedua, namun beliau masih mampu memberikan saguhati berupa Piala Carling. Sekurang-kurangnya tahap kelejenan beliau tak tercalar biarpun kena pecat. Pembantu beliau Clarke juga menunjukkan setiakawan dan meletak jawatan. Dan kini Liverpool ada banyak jawatan kosong yang perlu diisi segera.
terima kasih kenny and co.
ReplyDeletejasamu tetap kukenang..
-johey
we're crying for kenny..we dont want roberto martinez or anre villas boas..bring rafe back u fenway!
ReplyDeleteNampak sangat FSG beli Liverpool pasal nak wat profit.. tu je.. menang la piala domestik banyak mana pun, diarang cuma nak ucl spot je, pasal boleh wat duit kt situ.. puii.. Dasar amerika..
ReplyDeleteamerika rosakkan bolasepak
ReplyDeletedinasti kenny dh berakhir,,so fans kene lupakan sbb they are professional..so sape2 pun yg ganti mesti di sokong 100%,,mungkin Roberto martinez kot..Kalo martinez@villas boas mcm kureng bg sstgh fans,maybe boleh carik yg lbh high profile skit mcm Marcelo Bielsa..Tapi KALAU aku la yg jd pemilik Liverpool,aku akan sedaya upaya upah Eric Gerets..
ReplyDeleteSaya mahu Rafa kembali
ReplyDeletethanks King Kenny. Dia hanya memerlukan musim pertama penuh dan berjaya menamatkan kemarau 6tahun tanpa trofi.
ReplyDeleteRAFA,RAFA,RAFA....YNWA!!