Pemergian Maxi balik kampung untuk bermain dengan kelab lama beliau Newell, meninggal sedikit kerisauan kerana kita dah kehilangan 2 pemain serba boleh diharap kerana terdahulu Kuyt telah berangkat ke Turki. Impak Maxima dan gol hantu beliau akan diingati sampai bila-bila dan dia boleh dianggap pembelian berbaloi-baloi.
Setelah mendengar gosip-gosip perpindahan dan melihat pemain demi pemain disambar kelab lain, akhirnya debaran berakhir dengan pembelian sulung pemain dari Kelab AS Roma, yakni Encik Fabio Borini. Pemain yang pernah dibersekolah di akademi Chelsea ini memang kenal mengenali satu sama lain dengan Brendan. Malah Rodgers pernah bekerjasama dengan Borini ketika Swansea di Liga Kejuaraan.
Jadi kemasukan Borini dengan nilai £8juta mulannya dilihat menggantikan Carroll, namun dari penilaian saya, dia bakal main disebelah kanan atau kiri dari rangkaian 3 serangan dalam formasi 433. Keupayaan menggelecek bola serta kepantasan adalah aset permainan beliau ditambah lagi dia dilihat tidak gopoh dalam keadaan serangan dan mampu menghadapi situasi satu lawan satu dengan pertahanan lawan.
Kemasukan Borini dilihat pembelian munasabah dengan harga berbaloi kerana dia bukan warga England. Jadi selepas ini pemburuan pemain kedua mengkinkah Dempsey yang hangat diperkatan. Atau ada insan lain yang lebih hebat. Tak sabar menunggu macam tunggu durian Musang King luruh di dusun.
dempsey mcm jd jer sbg pemain kedua yg bkal dibawa msk ke liverpool oleh rodgers.
ReplyDeleteKnpe xcari pemain yg berpolifik tinggi utk liverpool musim dpn...cari lae pmain yg berprofil mcm suarez...kalau ade 2 ke 3 pemain macam suarez kompom The Reds kembali duduk dalam big four!!
ReplyDelete