Saya cukup hairan dengan al kisah Alberto Aquilani sepanjang karier beliau sebagai pemain Liverpool. Pemain ini mempunyai reputasi tinggi bersama AS Roma dan dibeli oleh Rafa dengan harga £20juta ketika beliau masih cedera. Memamg itu kesilapan mutlak Rafa untuk cari pengganti Alonso.
Setelah hampir separuh musim Aquilani baru dapat sepak bola dengan rakan sepasukan tapi kecederaan berulang-ulang dan boleh kira berapa kali sahaja dia main walaupun memang permainan beliau menarik. Oleh kerana pemecatan Rafa dan Hodgson mengambil alih, sebelah mata tak dipandang terhadap Aquilani dan dipinjamkan ke Juventus.
Jodoh Pak Hodgson tak lama dan digantikan dengan Dalglish namun Kenny juga tak berkenan dengan Aquilani dan dipinjamkan ke Ac Milan. Permainan Aquilani memikat hati pengurus Ac Milan namun mereka tak mampu nak bayar gaji beliau sebab itulah pembelian tergendala.
Kembalinya musim ini membawa harapan kononnya Aquilani cocok dengan aspirasi Brendan. Tapi langit memang selalu mendung buat insan digelar Aquaman ini. Walaupun ramai peminat teruja dengan persembahan pra musim beliau, namun ketiadaan nama beliau dalam skuad Piala Europa dapat diduga bahawa masa depan beliau kian kelam. Akhirnya teka-teki terjawap semalam apabila Aquilani dengan sah menjadi pemain Fiorentina. Apa lagi nak cakap itulah kesudahan cerita seorang insan bernama Alberto Aquilani yang memang boleh dikategorikan pembelian gagal kali kedua Rafa selepas Robbie Keane.
Kene jual semua star player liverpool..jual sume bli sorang je..xpaham aq dgn manager baru nih..sakit ati betul
ReplyDeleteentah aku pon tak paham, mungkin Aquilani sendiri yang nak blah....tapi kalau atas faktor permainan aku sendiri tak paham macam mana Adam lagi sesuai berbanding Aquilani ngan permainan yang rodger mahukan...
ReplyDeleteTaw pun..adam lg kurang kreativiti..mcm mne lah masa depan liverpool kita lps nie...cpt2 lae plyer bru msok
ReplyDelete