Pages

Aug 24, 2012

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



Kota Anfield bakal menjadi ujian kedua buat Brendan setelah ujian pertama gagal. Harapnya Brendan dah buat kajian dan bedah siasat kenapa dengan pasukan seteruk West Brom boleh kena belasah. Dari pemerhatian saya corak ala Barcelona belum boleh diadaptasi selagi mana pemain yang sesuai dibawa masuk. Malah pemain senior macam Kapten Gerrard sendiri pon terkial-kial nak ikut arahan apatah lagi pemain yang biasa bermain dengan corak tradisi Inggeris macam Downing nak ikut.

Paling saya tak suka ialah cara bertahan terlalu keatas. Skrtel pun taklah berapa laju sangat, tapi oleh kerana Agger digantung perlawanan, Carragher memang akan bawa bencana jika masih gunakan taktik bertahan macam lawan WBA. Tengok macamana dia kena buli dengan Lukaku memang kesian betol sampai tergolek nak celen bola. Buat apa nak simpan Coates. Dari guna pemain lejen dah nak smapai tarikh luput macam, Carragher saya percaya Coates wajib main kerana beliau ada potensi dan berkebolehan.

Reina
Johnson Coates Skrtel Robinson
Lucas Gerrard Allen
Suarez Borini Sterling


Kesebelasan diatas adalah pilihan saya kerana saya anggap Robinson dan Sterling dah matang melampaui usia. Coates ganti Carragher untuk bersama Skrtel dan Johnson kembali ke posisi asal disebelah kanan. Barisan tengah masih kena kekal kerana itulah yang terbaik setakat ini sementara Sahin sampai. Suarez licik dan banyak akal cuma penyudah sangat menyedihkan dan Borini yang memang lebih prolifik kena main kat tengah sebab memang itu tempat yang sesuai. Simpanan macam biasa kena letak Gulasci, Kelly, Carragher, Shelvey, Downing, Carroll dan yang penting ialah Assaidi yang bakal meletop jika diberi peluang.

Anda berani nak teka Liverpool menang, walaupun atas kertas ramai orang akan kata Man City pilihan untuk menang. Kalau begitu sila teka keputusan perlawanan dan kita nantikan siapa yang kena.

12 comments:

  1. nak teka man city menang tak tergamak, tapi biasanya keputusan jadi terbalik kalau cakap liverpool score 3 gol...rupanya 3 gol kene balun...

    kalau mcm tu aku letak 2-2, tungak tebalik pon nombornya tetap sama

    ReplyDelete
  2. Liverpool 3-0 Man City

    ReplyDelete
  3. aku rasa 1-0 je kot..
    Harap2 player2 dh tau cara style of play yg Rodger nak yg apply kt dlm game nih.

    -pokdin-

    ReplyDelete
  4. Kita ada pemenang
    Encik Rabun...
    tahniah 3pts

    ReplyDelete