Optimis atau harapan tinggi memang dah jadi lumrah peminat kita sejak selepas tahu siapa pengurus baru ganti Kenny. Iyalah rekod dan permainan cantik Swanselona jadi igauan indah setiap peminat yang anggap pemain Liverpool boleh masyuk dalam templet taktikal Rodgers.
Kualiti individu versus kualiti bermain dalam taktikal versi Brendan Rodgers memang berbeza sama sekali. Kateristik pemain yang diwarisi dari Dalglish, hanya sesuai sesuai bermain dalam corak permainan hibrid bola bawah dan tinggi tapi pemain atas tidak menghambat bola dari lawan. Bek pula main agak kebawah dan tak menekan lawan tapi lebih berhati-hati.
Realiti yang saya rasa membuatkan Brendan terlepas cakap yang keputusan yang seburuk 3-0 mungkin berulang. Ini ialah satu isyarat kepada pihak pengurusan bahwa mereka perlu menyediakan apa Brendan mahukan kerana kehendak dunia bolasepak harini memerlukan modal yang tinggi untuk berjaya. Setakat bagi £20-30 juta, saya ingat QPR pon boleh bagi, namun apa yang Liverpool perlukan bintang hebat, bukannya pemain rejek kelab elit. Kemasukan Allen dan Borini tak cukup, masih perlu pemain lain yang boleh ganti pemain kurap yang ada sekarang.
Lagi satu realiti dan mungkin juga kesilapan Brendan ialah dia belum menggantikan lejen macam Bellamy, Kuyt dan Maxi yang merupakan sumber gol dengan pemain lebih berkualiti dan terbukti. Keluar 3 masuk Borini sorang. Persetan konsep FSG mau pemain muda, Dempsey tak dibida sebab FSG memang tak mahu ubah ego. Lagi satu masa ada peluang nak cilok Demba Ba dengan harga diskaun £8juta, tak pula nak cuba. Hairan betul dengan Pak Rodgers ni, nak jadi Pak Angguk saja kot.
Persepsi hasil keputusan perlawanan sulung tak merisaukan sangat saya. Musim masih terlalu awal dan masih ada 1 minggu dari tarikh perpindahan ditutup. Cuma realiti keadaan pasukan bila bercampur sikap optimis peminat yang terlalu kurang sabar,membuatkan tekanan buat Rodgers. Masa dia di Swanselona, kelab itu hanya mahu selamat dari tersingkir. Tapi di Anfield, dia bukan setakat kena bagi permainan saja cantik, tapi keputusan juga kena cantik.
Sebab itulah dari awal-awal lagi ramai lejen yang realistik tak menaruh harapan tinggi kepada Liverpool musim ini. Ramai pundit bagi posisi 6-10 saja musim ini. Itupun cakap mereka jika Brendan dapat cepat-cepat mengaplikasikan formasi dan taktik secepat mungkin disamping bawa masuk pemain berkualiti. Apa pun terjadi sebagai peminat Liverpool kita kena akur dan lebih realistik yang revolusi kebangkitan masih jauh dan jangan terlalu optimis yang Brendan adalah Superman yang dapat jadi hero dapat memperbaiki Liverpool sekelip mata.
No comments:
Post a Comment