Pages

Sep 30, 2012

LIVERPOOL 5-2 NORWICH

Memang badi betul Norwich dengan Suarez. Asal jumpa pasukan Kenari dia buat hatrik. Rahsianya kejayaan kali ini ialah tiada Downing dan faktor membantu ialah Wisdom dan Suso main. Saya dah bagitau yang pemain  muda kita ni macam dah terlebih dewasa. Mungkin makbapak Wisdom dan Suso tipu sijil kelahiran kot. Kalau tengok dari permainan mereka saya cukup tak percaya mereka masih bawah 20 tahun. Patut-patut macam tu punya gaya permainan macam tengah 20an.

Saya ada dengar satu ramalan kurafat bahawa jika Liverpool dapat sumbat gol dari percubaan pertama, kita takkan kalah. Tapi bukan takat tak kalah malah Kenari diratah begitu rakus oleh Suarez tiga kali dan dikongsi bersama hidang Kenari goreng kunyit itu dengan Sahin dan Gerarrd. Penguasaan bola 67 persen adalah paling tinggi berbanding 5 perlawanan sebelum ini dan inilah yang membunuh permainan  Norwich yang jadi bengong tak reti nak buat apa. Kalau nak serang takut kena serang balas. Bila main tunggu bola kena buli tak berperikemanusiaan.

Kemenangan pertama diharap berterusan. Dan untuk memastikan ianya tidak terencat ditengah jalan. Kena pastikan  Downing, Cole, Enrique dan kalau boleh Carragher duduk dibangku simpanan sepanjang masa, supaya tak kacau anak muda dok ronggeng atas padang. Ini kerana nak ajar sistem  sekarang,biar dari rebung dan buluh yang keras hanya boleh dibuat meriam buluh atau lemang. Jadi kita dah nampak bagaimana tranformasi Liverpool bakal dibawa oeh anak muda bukan kuda tua macam Gerrard. Namun begitu sehingga Suso masih belum mengganas, khidmat Kapten kita itu masih perlu.


4 comments:

  1. gerrard masih diperlukan. sbb xde sape yg layak jd kapten livpool skang ni.. nk carra mmg hancur.. tp smlm the best bro.. YNWA!!!

    ReplyDelete
  2. yup.. gerrad masih d perlukan untuk tempoh 2 ke 3 taun lg... masih bnyak bnda yg suso tu hrus blajar.. tp keeper dh cm taik bnyak tol bolos awal musim nie...huhu

    ReplyDelete
  3. Akhirnya...!!! segala kepuasan terpancar di aura wajahku tatkala meraikan kejayaan pertama sambil menggelakkan adik2 ku yang memaki hamun team dieorg sebab kalah dengan spurs.hahaha...ayat tak bleh hengat.cantek betul game tu.puas giler.sahin dengan suso mmg terbaik.satu team main pass & move yang terbaik.tabik untuk suarez sebab hatrik dan kurang lakonan nye.hahaha...lepas nie mmg tak berlakon lagi rase nye sebab ref pun maleh nak layan sebab kuat sangat berlakon nye.hahaha...

    ReplyDelete
  4. Kalau ikut kata BR dia memang nak bagi siapa yang tengah form. Kite tengok la ;-)

    ReplyDelete