Pages

Sep 28, 2012

LIVERPOOL LAWAN NORWICH

Perlawanan dengan Skuad Kenari memang menjadi titik tolak dan halatuju pasukan kita. Jadual pertemuan sukar bertemu lawan kuat dah berakhir dan kini peluang cerah untuk kutip mata penuh dah didepan mata. Cuma pasukan kita kena main macam lawan WBA, kekalkan rentak permainan dan pastikan barisan pertahanan bersiap siaga sepanjang masa.

 Dari 3 pemain yang cedera, hanya Kelly paling teruk. Agger dan Borini dikatakan 50-50 dan akan dilihat perkembangan kedederaan sampai hari perlawanan. Jadinya ini peluang untuk pemain muda macam Coates, Wisdom, Robinson dan juga Wilson bakal dapat puluang main. Jika Borini tak berjaya sembuh saya harap sangat Assaidi main kerana siapa tengok dia main pasti setuju pemain ini dah cukup bersedia untuk bagi bek EPL pening kepala. 

Reina
Wisdom Skrtel Coates Johnson
 Sahin Gerrar Allen
Sterling Suarez Assaidi

Kesebelasan diatas rasanya dah cukup ramuan untuk menang dan sumbat banyak gol. Sahin ganti Shelvey yang digantung perlawanan adalah pasti kecualilah Rodgers mahu beri peluang kepada Suso bergandingan dengan Gerard dan Allen . Trio Assaidi-Suarez-Sterling memang kombinasi terbaik dengan kelicikan dan permainan pantas penuh tipu daya. Pasukan hanya mampu kutip 2 mata dari 5 perlawanan.

Tewas 3 seri 2 tanpa kemenagan lagi. Ini rekod terburuk bagi kIta dan saya terima seadanya kerana revolusi Liverpool baru bermula. Namun bagi saya sang Kenari bakal jadi lauk pertama kita walaupun bermain di sarang mereka. Optimis atau tidak saya rasa Norwich kecut nak main secara terbuka kerana badi 3-0 kena dengan Suarez mesti tak dilupa. Dan rasanya tiada insan lain selain Suarez yang bakal menjadi enjin pemusnah Liverpool untuk mengkucaar kacirkan bek Norwich yang tak seberapa.

8 comments:

  1. Harapnya nie jd titik mula kemenangan pertama liverpool.

    xnk dh seri.

    -------Pepe reina--------
    Glen-Skrtel--Coates-Enrique
    ----Allen----Nuri Sahin---
    ------Abam Gerrard--------
    Sterling--Suarez---Assaidi

    2-0


    -pokdin

    ReplyDelete
  2. harap2 suarez tak mengecewakan fan liver...

    ReplyDelete
  3. hermmm mana mungkin tak bolos

    game liverpool control ngan try yang berlambak tapi norwich serang sekali terus gol
    apa pon aku teka liverpool menang 3-1

    ReplyDelete