Lepas ni blog Liverpoolkita mungkin akan mengalami musim sepi sebab 2 perkara penting telah berlaku pertama Laptop dah lingkup dan keduanya Blogger dashboard baru tidak menyapot os symbian nokia cabuk saya dan saya takkan ada alternatif untuk menulis selain pergi siber atau hantar entri dengan email@blogger yang pastinya amat skema sekali. Jadi sebarang kekurangan amat dikesali sehingga laptop dah ok atau telepon pintar yang menyapot dashboard baru blogspot dapat dibeli.
Tanpa berlengah lagi mai kita cerita tentang perlawanan Remaja Liverpool dengan Young Boys dulu. Perlawanan itu pada saya memang sempoi dari kita tengok kesebelasan utama main. Bolos itu adat sebab Carragher main beserta Enrique yang dah makin boroi dan berat. Tapi saya tabik hormat pada Brendan kerana beri kepercayaan kepada Suso dan Wisdom yang baru setahun jagung. Perlawanan ini memang sempoi kerana pemain kita tak kisah sangat nak bolos berapa biji tapi kesungguhan mereka nak balun lawan itu yang dipuji. Kemasukan Borini dan Shelvey menjadikan pasukan kita bangkit dari kena 3-2 terus menang 5-3.
Jadi untuk perlawanan Man U,saya rasa Shelvey dan Borini akan membawa momentum kemenangan di Brene. Mulanya saya harap Enrique main bek kiri tapi tengaok perlawanan dengan Young Boys, baik letak Johnson lagi dari Enrique yang pasti bakal jadi lauk Valencia. Gerarrd dan Allen pasti kembali segar cuma pilihan antara Sahin atau Shelvey. Barisan atas nak teka agakskuar namun trio Sterling-Borini-Suarez bakal memberikan bek tua Man U makan panadol lepas perlawanan. Namun jadi masalah sekarang ialah adakah barisan bek kita dah bersedia untuk hadapi RVP dan Kagawa yang sedang meletop. Saya yakin boleh menang perlawanan ini TAPI dengan syarat Reina dan 4 bek kita tak gabra. Kalua tak tragedi lawan Arsenal tak musatahil berulang.
bro, teruskan menulis.. saya sangat suka membaca tulisan anda.. menarik, padat n penuh ngan isi.. jangan berhenti menulis
ReplyDeleteLiverpool 2 - 0 Man u
ReplyDeleteLiv 2-0 Mu
ReplyDeletebtoi3....truskan mnulis....isi2 bernas...
analisis terbaik!
Aku harap game nie Gerrard main deep la skali ngn Allen. Bagi Jonjo main blakang striker.
ReplyDeleteSuarez aku nk tengok dia buli Evra kalau die main la.
------Pepe Reina------
Kelly-Skrtel-Agger-Glen
--Gerrard----Allen----
------Jonjo Shelvey---
Suarez--Borini--Sterling
Harap menang 2-1.
-pokdin-