Pages

Sep 26, 2012

POLITIK DAN BOLASEPAK


Kalau nak tahu Stadium Anfield mulanya berkapasiti 60,000 termasuk teres, tapi dek kerana politik sempena tragedi Hillborough, suruhanjaya Taylor telah memaksa Liverpool menurunkan kapasiti sekadar 45,000 kerana faktor keselamatan. Padahal dah berkurun dok lanyak stadium tu tak jadi apa pun kerana Anfield antara stadium yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di England dan di Eropah amnya walaupun tak sebesar Old Trafford (75,000). Jadi tekanan inilah yang membuatkan ekonomi LFC jadi parah  dan kurang 20-25 % dek kerana hasil penjualan tiket. Sebab itu ramai jangan hairan kenapa kelab sehebat ini boleh lenyap dari kuasa besar Eropah sebegitu sahaja.

Yang terbaru kes Suarez-Evra  juga adalah konspirasi Man U - FA. Saya awal-awal lagi dah ulas dalam entri musim lepas yang Liverpool patut lawan kes ini dengan cara perundangan bukan dengan pakai t-shirt solidariti sahaja. Lawan tetap lawan kerana Suarez perlu naik mahkamah luar bukannya mahkamah pondok2 Persatuan Bolasepak Inggeris yang sebiji macam FAM. Insiden Evra memang berat sebelah kerana FA hanya dengar sebelah pihak tanpa pembuktian lain selain pembuktian lisan tertuduh dan penuduh. Ini sarkas punya hakim kerana David Gill selaku CEO Setan Merah ada dalam Ahli Majlis Tertinggi pembuat keputusan FA. 

Walaupun dibuli sekian lama oleh UEFA, FA England, Liverpool masih berupaya kekal sebagai pasukan yang digeruni lawan walaupun status dan kehebatan dulu tak mampu dikembalikan sekelip mata sehinggalah kita kembli menjadi Juara eropah 2005.. Keluarga Moores melakukan kesilapan besar dengan menjual Liverpool kepada penyangak Amerika Tom dan Hicks dan revolusi kebangkitan Liverpool selepas era Rafalution terkubur dek kerana permainan politik dan agenda kapitalis malaun Ameriak dua ekor itu. Projek Rafa hampir berjaya pada 2008/09. Tapi kerana kesilapan Rafa ditambah pula kebebalan pemilik ketika itu yang main wayang janji nak bagi itu ini macam YB sebelum pilihanaraya, Liverpool pasrah kejuaraan terlepas kepada Setan Merah.

Dengan combo terbaik pemilik yang wasatiyah serta pengurus muda berbakat diharap Liverpool dapat mengembalikan zaman kegemilangan dahulu. Biar kita merasa kembali rasanya bagaimana Atok Shankly dengan susah payah membangunkan LIverpool ditengah padang disamping pemilik terdahulu Empayar Dinasti Smith. Buat peminat Liverpool yang otai ataupun baru yang fanatik mahupun plastik, meminati Liverpool sepatutnya kena menghayati sejarah kerana Liverpool adalah cerita bolasepak yang penuh suka dan banyak juga duka lara. Malah berjuang bukan sahaja dalam padang namun solidariti Liverpool menentang politik yang penuh pembulian, penipuan dan manipulasi sebagaimana cerekarama Hillborough 23 tahun lampau. Liverpool telah mengajar kita politik ada dimana-mana.

3 comments:

  1. Semoga The Red akan menemui sentuhan kelab yg digeruni didunia semula.. -Reds Forever-

    ReplyDelete
  2. artical ini kembalikan semanagt saya bro. bring back rafa rafa rafa rafa!!!!!!!!

    kumar the reds

    ReplyDelete
  3. tunggu bln januari apa keputusan

    ReplyDelete