Pages
▼
Sep 15, 2012
SKUAD SIMPANAN LIVERPOOL 4 : 1 ANAK IKAN CHELSEA
Kebetulan betul web rasmi Liverpoolfc menayangkan perlawanan langsung antara bawah 21 Liverpool lawan Chelsea. Perlawanan ini saya rasa pelik sikit, sebab Liverpool main tak syok sangat tapi boleh belasah Chelsea yang main agak sempoi. Separuh pertama memang macam taik kucin dimana Chelsea main agak matang kawal bola dengan cantik tapi bila berdepan dengan bek kental Sama dan Wisdom habis barai serangan mereka.
Trio serangan Pacheco-Yesil-Morgan amat berbahaya cuma mereka agak gopoh terutamanya Morgan. Yesil agak tenang namun dia masih menyesuaikan diri dengan suasana EPL yang serba lain dari Bundesliga. Pacheco agak berbahaya dibahagian sayap tapi agak kurang menjadi pada mulanya. Yesil keluar digantikan Ngoo yang macam Heskey tapi lebih berkemahiran tinggi merubah segala-galanya.
Gol pertama tandukan Robinson tak dapat ditepis goli Chelsi. Gol kedua penalti disempurnakan oleh Kapten Coady bila Morgan diterjah bek Chelsea. Chelsea dapat gol cemey kerana bek tak bersatu hati. Gol ketiga hasil titik peluah Pacheco tapi Adorjan menudahkan merembat dari luar penalti. Gol terakhir adalah hasil gerakan solo Heskey muda sambil menanyangkan slogan Hillborough.
Pemain pilihan saya untuk slot simpanan penyerang menurut turutan adalah Yesil, Morgan, Ngoo dan Pacheco. Pemain tengah Liverpool masih belum bersedia secara mental dan taktikal untuk bekap pemain utama, tetapi saya amat kagum dengan barisan bek berempat Smith, Sama, Wisdom dan Robinson. Gili Gulasci tak banyak kerja sangat kerana penyerang muda chelsea memang tak sempoi dan beliau bukan jawapan sebagai pengganti Reina.
kecewa btl.. ms komen ni ditulis livpool ketinggalan 0-1 pd sunderland. aku mmg kecewa dgn jonjo sialvey. attacking mid tp malas nk kejar bola walaupun muda. ape la nasib livpool 2nd half nt. YNWA!!
ReplyDelete