Pages

Oct 13, 2012

BERITA BAIK DALAM BERITA BURUK

Fabio Borini cedera ketika latihan dengan pasukan bawah 21 Itali.Tinggallah Suarez terkontang-kanting sebagai penyerang utama dan tunggal. Bagi saya ini berita baik untuk Pacheco, Morgan dan Yesil. Ikut dari pangkat dan pengalaman Abang Pacheco lebih layak dari adik Morgan dan Yesil. Tapi ikut perkembangan pasukan simpanan, Adam Morgan nampak lebih mantap untuk diketengahkan berbanding Abam Pacheco dan Adik Yesil.

Ini bukan pendapat peribadi saya sendiri tapi ramai yang menyaksikan skuad simpanan beraksi dapat melihat potensi Morgan yang kena tonjolkan bila situasi krisis sebegini timbul. Masa perlawanan lawan Boro bawah 21, dia penjaringkan gol tunggal tapi apa yang mengujakan ialah keupayaan membaca hantaran "back flick" atau bahasa kampung "badek kot belakang" dari Pacheco serta paling osem, menggelecek goli sekali. Itu yang terkini, yang sebelum ini Morgan dah terkenal dengan aura pemusnah dan penjaring gol prolifik untuk skuad simpanan.

Seakan dengan Borini, Morgan boleh juga diletak ditepi atau ditengah. Kepantasan beliau pun setara Borini dan mungkin lebih pantas. Apa yang saya perasan bila tiap-tiap kali tengok anak muda ini main ialah dia tak segan silu nak buat percubaan jarak jauh. Ledakan beliau memang padu dan tak merapu sangat walaupun adalanya sipi. Bagi saya potensi Morgan boleh digilap segera kerana inilah peluang untuk Brendan gunakan Morgan. Percubaan ini mungkin sesuai lawan Anzhi Macamchelaka dalam Liga Europa. Namun kalau nak letak Morgan sebagai simpanan masa lawan Reading lebih manafaat dari letak Cole, Downing yang dah  tak releven lagi.

3 comments:

  1. sian borini.....aku ingat dia boleh jadi star, nampaknya tangkapan aku meleset, tapi secara peribadi aku tak suka kalau setengah player diletak luar posisi kegemara mereka walaupon mereka berupaya bermain kat situ, ni boleh merencat perkembangan dorang serta confident self dorang....

    ReplyDelete
  2. xpe. BR bley guna gerrard jd back up striker cm zaman rafa dl.. sahin dgn allen bley jg tmpt dia.. YNWA!!

    ReplyDelete
  3. option terbaik tapi dia masih perlu ditengah..

    ReplyDelete