Daripada 27 percubaan hanya sebiji sahaja masuk kedalam jaring. Memang inilah dilemma yang ditanggung Brendan Rodgers musim ini menyaksikan pasukan kita lebih banyak mempersia-siakan peluang. Bila cakap siapa yang tugasnya kena jaringkan gol, mata semua tertumpu kepada Suarez. Padahal kita tengok statistik beliau dia sebenarnya lebih kepada pemain sayap yang licik menggelecek dan memerlukan rakan penyerang yang bijak membaca gerakan beliau macam Klas Jan Huntelarr. Jaringan Sterling hasil hantaran cantik Suarez. Inilah yang terhasil jika Suarez yang selama ini amat tamak memegang bola, tak melengahkan hantaran jika rakan dalam posisi terbaik.
Yang lain saya tak nak fokus sangat, tapi persembahan mantap Jones harus dipuji. Nak kata serangan Reading tak bahaya tak boleh juga kerana Jones diuji juga dengan serangan berbahaya walaupun sekali sekala. Kalau nak banding dengan Reina, saya rasa Reina nampak gelabah musim ini kerana gol yang bolos oleh beliau adalah serangan sekali sekala, contohnya lawan Sunderland. Jadi harap Brendan jangan pilih bulu dan kena kekalkan Jones walaupun Reina dah pulih kembali. Biar Pepe rasa azabnya menjadi pemerhati dibangku simpanan dan menghargai peluang dan berikan persembahan terbaik bila dipanggil menjadi goli Liverpool kembali.
Apalah nasib Si Merah... Musim lepas asyik terkena tiang dan palang gol. :YNWA!
ReplyDeletemusim ni revolusi baru bermula...
ReplyDeletewalaupun result x seberapa tapi puashati tgk cara Lfc main
pass & move
aku suke allen.. rajin dan bijak.. harap2 liverpool dpt 2 striker januari ni..
ReplyDelete