Pages

Nov 23, 2012

PIALA EUROPA : LIVERPOOL 2-2 YOUNG BOYS

Pasukan yang tak bernasib baik sekadar seri dengan Young Boys 2-2
Saya taknak tulis pasal setiap minit perlawanan kerana pembaca halaman facebook Liverpoolkita dah boleh ikuti ulasan ala lintas langsung di Anfield pagi tadi. Walaupun tunggang langgang bahasa rojak namun itulah paling terbaik dapat saya lakukan diatas permintaan rakan mukabuku yang TV beliau lingkup apapuntakboleh nak tengok siarang langsung.

Bagi saya pasukan kita memang sedang menghala kehadapan, namun masih perlukan sedikit penambahbaikan lagi. Gol dari Shelvey dan Cole menampakkan Liverpool bukan takada pemain yang boleh sumbat gol. Kalau setiap gerakan baik disudahi dengan tindakan bijak maka penyudah yang terhasil adalah gol. Itu formula mudah tak payah nak ajar budak sekolah pun tahu. Cuma penekanan kepada beberapa pemain muda macam Suso, Shelvey dan Sterling supaya mereka lebih yakin depan pintu gol.

Keseimbangan ditengah paling penting. Kita tengok macam mana gol lawan dihasilkan. Mungkin gol pertama kesilapan Henderson tak jaga rapat Bobadilla, namun pemain tengah kita tak menghambat pemain tengah lawan dari melorongkan bola cantik kepada penjaring gol itu. Gol penyamaan Young Boys hasil gerakan mereka dari tengah dan sekali lagi tiada pemain yang cuba merapatkan diri untuk menekan lawan. Kes ini bukan kesalahan mutlak bek atau goli. Khidmat Lucas amat perlu untuk mengelakkan pisang busuk berbuah dua kali.

Kalau mahu layak ke pusingan kalah mati, pemain kena bermati-matian memenangi perlawanan lepas ini. Udinese bukan lawan mudah tapi bukan juga hebat sangat pun. Mereka dah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pusingan kedua kerana dah tak berdaya nak kejar Liverpool atau Young Boys lagi. Jadi secara saikologinya kita ada peluang kerana Udinese dah tak perlu apa untuk dibuktikan dan selebihnya dikaki pemain untuk melengkapkan kemenangan serta melangkah ke pusingan seterusnya.

3 comments:

  1. tabik kepada joe cole..persembahan sungguh memukau walaupun sering cekak pinggang..huhu

    ReplyDelete
  2. teruskan tulis blog...sbb ada pembaca2 yg akan slalu tgk blog anda...sperti sy...hehehe

    ReplyDelete
  3. Betul tu, sblm dan selepas game pasti akan bc blog ni.. memang terbaek. Satu g, lama dah blog rabun merah x update. Setiap kali post, mesti pecah perut punya

    ReplyDelete