Pages

Feb 16, 2013

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Sedikit imbasan kekalahahan 2-0 ditangan Zenith pagi semalam. Apa yang saya nampak ialah kurangnya keyakinan diri dalam setiap pemain. Menurut statistik 63 % kekalahan datang dari bolos selepas separuh masa kedua. Jadi masalah konsentrasi dan hilang kawalan diri mungkin disebabkan oleh faktor kecergasan atau ketidakkuatan mental. Ini hanya tanggapan saya, namun perkara yang sebenar hanya Pihak Kejurulatihan yang perlu cari apa masalahnya.

Memang betul Suarez adalah kambing hitam punca kekalahan kerana 4 peluang untuk sumbat gol dan MUNGKIN boleh menang walaupun kita masih bolos. Tetapi 22 gol musim ini adakah terlalu ciput bagi seorang pemain penyerang yang kurang prolifik. Semua ini bukan silap Suarez, kerana dia dah lakukan yang termampu dengan kemampuan beliau yang memang tak seberapa didepan pintu gol. Jadi terlalu mengharap beliau adakalanya boleh memakan diri jika Suarez tidak memberikan persembahan mantap dari penyudah gol.

Statistik takkan boleh menipu dan ketidakupayaan menang dengan pasukan 10 teratas adalah sesuatu misi mustahil musim ini. Walaupun di Anfield sekalipun pasukan lain macam tak kisah dengan sorakan dan jeritan pemain ke-12 Liverpool dah. Kegerunan dah tiada dalam diri pemain lawan dan rasa hormat jauh sekali. Oleh itu Liverpool mesti kembali kepada asas dan tak perlu untuk menjadi juara dari segi hantaran tepat dan bersih sahaja. Budak sekolah pun faham yang perlawanan boleh dimenangi dengan menjaringkan gol mengatasi lawan, itu sahaja. Apa jua formasi dan teknik tak menjamin kejayaan jika tak kena dengan set pemain yang kita ada dari segi kelemahan dan kekuatan.

Oleh itu saya harap Brendan Rodgers tak perlu berfantasi untuk menjelmakan Liverpool sebagai Barca versi Merseyside. Cukuplah sekadar main cara mudah dengan mengunakan kepakaran pemain sendiri yang banyak mempunyai kekuatan individu macam Suarez dan Sturridge. Lama kelamaan barulah dia serapkan permainan ala Tiki-Taka jika semua pemain sedia ada atau pemain baru faham dan sudah cekap dengan corak itu dalam dan diluar latihan. Akan tiba masanya Liverpool akan kembali sebagai gergasi bolasepak namun segalanya perlu perancangan teliti, cermat dan sabar.

Panjang berjela mukadimah, melebih-lebih dengan tajuk pra perlawanan dengan Swansea. Sebenarnya saya tak nak tulis panjang mengenai perlawanan besok kerana sendiri tak yakin dengan kemampuan pemain setelah mengharungi 3/4 perlawanan musim ini. Kalau main FIFA13 mungkin saya boleh tapau Swansea 3-4 biji tanpa balas kerana rating pemain kita memang menandingi mereka. Tapi dalam realti sebenar walaupun saya jadi Brendan mungkin saya bingung bagaimana pemain yang bereputasi tinggi dan bertaraf pemain antarabangsa boleh tewas 2 kali dalam pertembungan sebelum ini. Jadi adakalanya banyak benda diluar kawal sebagai pengurus untuk membuat perkara yang betul setiap masa, walaupun kita depan kaca TV hanya nampak satu dimensi berbanding pengurus yang nampak segalanya atas padang.

Siapa yang tak mahu Liverpool menang. Tapi menang bergaya mungkin mustahil kerana Swansea main lebih seksi dari kita. Jadi saya suka falsafah Houllier dan Rafa yakni biar menang cara hodoh dari tewas kerna main terlebih pandai. Oleh itu jika terpaksa main bola tinggi dan hantaran Hollywood sekalipun buat janji kita jangan bagi bekas pasukan Brendan itu pulang hatta dengan 1 mata sekalipun. Kembalinya Sturiidge adalah tanda positif dan Liverpool ada sesuatu hadiah kejutan dengan memberikan Coutinho penampilan sebagai kesebelasan utama menentang Swanselona nanti.

9 comments:

  1. yg aku tgk la ,liverpool ni ,tiap kali masuk player baru je mesti main mcm gampang.. tp lepas tiga atau empat game ,team stabil balik ..

    ReplyDelete
  2. Liverpool 2-0 Swansea

    -Mr. Shoot-

    ReplyDelete
  3. saya tak tahu apa you orang cakap nie!! liverpool team yang sepatutnye menjadi terkuat di eropa!!!! tengok nie lepas brendon rodgers masuk semua dah musnah!!! kita tak pernah menang dengan team top 8 musim ini.hati saya masih terkilan mengapa fsg pecat king kenny yang performe bagus season lepas denagn 2 cup final dan jiga 70-80% goal yang terhentak tiang masuk kita pasti menduduki tangga ke 3-4 musim lepas.semua team bagus kita kalahkan, .semua oarng tahu benda nie. s

    pecak king kenny masuk si rodgers semua dah jadi musnah.... pecat brendon rodgers!!!!!!

    masukkan balik king kenny @ rafa benitez @ jose mourinho!!!!

    saya merayu!!!!!!!!!1

    ReplyDelete
  4. Kita sama2 beri masa kepada brendan rodgers...terlalu awal untuk menilai setakat ini..yang penting YNWA. Liverpool menang 3 vs swansea 1

    ReplyDelete
  5. aku sokong liverpool tp xyakin liverpool bleh menang

    liverpol 1-2 swansea

    ReplyDelete