Pages

Feb 14, 2013

PIALA EUROPA :LIVERPOOL LAWAN ZENIT

Peminat Liverpool sekalian boleh melupakan hasrat untuk bangun pagi Rabu dan Khamis untuk musim depan, kerana peluang untuk main di Liga Juara-Juara dah berkubur. Tapi hasrat nak main pagi buta Jumaat masih terbuka luas walaupun ianya tak semudah yang disangka. Tewas kepada WBA memang pedih tapi lebih memedihkan ialah ianya hanya mengambil masa 10 minit terakhir. Ingatkan setakat Penalti saja tak masuk tapi malang bertimpa-timpa, bilamana WBA hanya dapat 2 gol dengan kurang dari 3 percubaan tepat. Berbanding dengan kita saya ingat lebih 2 dozen percubaan tapi samada tersasar atau diselamatkan oleh Foster yang mantap.

Masalahnya ialah Liverpool tiada penyerang berkaliber. Zaman Houllier bersepah-sepah penyerang dan semuanya hebat-hebat belaka yakini Owen, Heskey, Fowler dan Anelka. Berubah zaman Rafa penyerang dah kian kurang kualiti, Baros, Cisse, Moreintes, Crouch, Bellamy, Voronin , Keane namun hanya Torres yang menyinar. Zaman Hodgson jangan cerita beliau tak sempat nak beli penyerang dan Dalglish pula perabis duit beli Suarez dan Carroll namun hanya Suarez setakat ini berbaloi. Pembelian Sturridge berbaloi namun agak terlambat kerana sejak awal musim lagi Rodgers patut buat keputusan.

Oleh kerana tiada peluang untuk merebut tangga ke-4. Sasaran untuk berebut satu-satunya trofi yang boleh dimenangi perlu diberi perhatian lebih. Kali terakhir menang ialah 2001 dan pada masa itu keadaan tak sama macam sekarang. Pasukan kita walaupun tak hebat permainan  tapi tidaklah selemah sekarang. Hanya Gerrard dan Carragher masih kekal dalam skuad yang bakal dibawa pergi ke Russia nanti. Jadi saya rasa kalau nak pulihkan maruah, usaha sedaya upaya untuk memenangi Piala kelas ke-2 ini. Zenit tak hebat mana, namun corak kita sekarang pastinya lebih praktikal untuk perlawanan Eropah.

No comments:

Post a Comment