Pages

May 29, 2013

KOLO TOURE SETUJU KE ANFIELD



Liverpool secara asasnya telah mencapai kata sepakat dengan Kolo Toure untuk menjadikan bekas pemain Arsenal dan Man City sebagai pengganti Carragher. Tidak diketahui tentang gaji serta elaun, tapi saya pasti gaji Toure tak selebat seperti di Man City kerana sedia maklum pihak FSG kedekut dan tersangat berkira. Mereka takkan berunding jika jika kontrak yang melampaui kriteria perbelanjaan berhemat mereka.

Pendapat peribadi saya, keputusan ini walaupun ada risiko namun ianya dalam kategori , risiko yang paras rendah. Ini kerana perpindahan percuma satunya dan keduanya Toure bukan kategori pemain yang kurang sihat dan ceroi. Medal yang beliau perolehi bersama Arsenal dan Man City mungkin tak banyak, namun pengalaman beliau dapat memberikan inspirasi kepada pemain muda Liverpool.

Toure mungkin bukan pilihan otomatik untuk bersama Agger untuk menjadi pengemudi bek tengah musim depan. Namun beliau akan menjadi perantara jika pemain baru yang kurang berpengalaman dengan suasana Liga Perdana Inggeris, dibawa masuk bagi menggantikan Skrtel dan Coates yang tak berapa pasti akan kekal atau pergi.

No comments:

Post a Comment