Pages

May 4, 2013

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Kebetulan sekali perlawanan kejiranan Liverpool dengan Everton kena dengan malam pilihanraya. Sudah tu pula kena waktu perdana pukul 8.00 malam tak silap. Pastinya jika tonton dirumah kena bersilat juga dengan orang nak lihat keputusan terkini pilihanraya. Jujur saya cakap yang saya suka ikuti perkembangan politik, jadi kalau boleh tak mahu terlepas kedua-duanya. Tapi kalau dah balik kampung, rumah Bonda Astro tak ada pakej Sukan, maka terpaksa layan menerusi lintas langsung di Internet.

Ingat Everton tak cuak tengok pasukan yang telah dibelasah Liverpool sampai 6 biji. Pasukan mereka mungkin lebih konsisten dari kita tapi jika tengok kedudukan Liga hanya dipisahkan 5 mata. Saya salut David Moyes yang telah lebih sedekad berjaya menjadikan Everton pencabar terhebat kita kerana sebelum ini bila sebut lawan Everton, paling kurang 2-3 biji boleh balun mereka. Itu dulu, sekarang boleh dikatakan nak menang dengan mereka bukan ibarat kacang Ngan Yin, tapi kekacang dalam bearing motor, silap gigit berterabur gigi. Mreka tak hebat mana tapi jangan ambil risiko dengan ambil mudah prestasi mereka

Saya tak berapa risau corak agresif mereka, tapi mentaliti permainan mereka lebih jujur kepada tujuan asal, yakni main kalau boleh nak menang. Apa juga keadaan mereka tak akan pegang bola nak main hantaran pendek sia-sia tapi mereka bermain dengan hantaran pantas dan biasanya menyerang dari sebelah sayap menggunakan kelebihan bek sisi yang laju menggempur dari bawah. Lagi satu liat sangat pasukan ni kita nak tewaskan kerana mereka suka mengSardinkan bahagian tengah. Ini kelebihan mereka untuk menyah-aktifkan kelebihan pasukan kita yang memang hebat dan mantap membuat pergerakan dari tengah.

Formasi macam lawan Newcastle memang cun, dan tak perlu diubah juga kesebelasan utama kerana saya dah tak nampak yang terbaik dari ladang selain dari pasukan lawan Newcastle haritu. Cuma yang perlu tekankan ialah main lebih cerdik dan pelbagaikan corak permainan dan taktikal. Harus diingat pengurus mereka Moyes boleh tahan juga akal dan licik. Dia akan memggunakan apa juga kelebihan dipihak mereka  disamping mencari kelemahan pasukan kita. Jadi jangan joli katak sebagai tuan rumah dengan terlalu seronok nak tunjuk permainan cantik. Main tenang dan biar seimbang antara menyerang dan bertahan.

11 comments:

  1. Mirallas kena jaga elok2 kali ni

    ReplyDelete
  2. harap ada dua kemenangan yang mengembirakan malam tu haha! Rise UP!!!

    ReplyDelete
  3. Menang tipis 2-1
    Sama mcm PRU hahaha.
    Inikalilah

    ReplyDelete
  4. menang 3-1

    Budak Skema

    ReplyDelete
  5. Satu lagi pilihan untuk mengikuti siaran langsung terutama membabitkan pasukan kita ialah di radio SinarFM. Ulasannya di dalam bahasa Melayu. :YNWA!

    ReplyDelete
  6. Liverpool 3-0 everton..

    -Mr.Shoot-

    ReplyDelete
  7. aku rase 2-0 xpon 2-1...kite menang... tu jek... -jfkberger-

    ReplyDelete
  8. Harap2 semangat minggu lepas masih lg xilang buleh la score bnyk2 sket.

    Kene main aggresive attacking mcm lwn Niukasel, baru boleh menang besar sket. Kan bagus kalo main mcm nie slalu.

    Bajet Liver boleh bubuh 3 bijik.

    3-1 kot.


    -pokdin-

    ReplyDelete
  9. Takut nk teka tapi....ini...ini...inikalilah...ynwa!!!

    ReplyDelete