Pages

May 8, 2013

LIVERPOOL 0-0 EVERTON


Seperti yang sedia maklum bilamana bolasepak bertemu dengan pilihanraya, pastinya pihak bersemangat patriotik akan memenangi kuasa untuk menguasai TV. Sampaikan nak pegang alat kawalan jauh astro pun kena dehem. Jadi saya mengalah demi perpaduan sejagat dan tengok melalui siaran internet yang maha lembab. Namun konsentrasi saya untuk layan perlawanan kejiranan yang dikatakan paling gempak tergangu juga kerana ada juga rakan dan taulan menghujani SMS bertanya khabar pilihanraya.

Tengok keputusan pun dah tahu perlawanan teramat boring kerana pihak kita tak macho macam ada Suarez.   Saya teramat heran kerana perlawanan seperti ini pasukan kita mesti nak tunjuk hero kepada jiran yang bertandang. Bukan saya mahu perlawanan yang berakhir dengan tumpah darah dan beraneka warna warni kad keluar, tapi pasukan kita terlalu berhati-hati dan Everton juga takut untuk buat kesilapan. Adakah kerna Liverpool mahu ke Liga Eropa musim depan melalui pintu belakang, maka pemain disyorkan jadi budak baik dan tidak main kasar.

Dalam tak banyak peluang yang pasukan kita cipta namun kelibat Coutinho cukup memikat hati. Saya nampak beliau adalah pemain yang terlalu konfiden tak padan dengan usia. Ketiadaan Suarez sedikit sebanyak terubat dengan aksi memukau dari beliau. Bagi Carragher perlawanan kejiranan terakhir beliau tidaklah membanggakan namun lebih baik jika kena bolos dek gol Distin yang tidak dikira kerana kekasaran lembut bak sutera. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir Kapten Gerrard bukan kerana beliau bersara tapi kecederaan beliau dah tak mampu dirawat dengan semburan bius.


2 comments:

  1. Stevie g xmain dah ke pasni?TIDAK!!!BALA MENIMPA!!!!

    ReplyDelete
  2. Eveton BN la nih!!haha

    ReplyDelete