Pages

Jun 6, 2013

BEDAH SIASAT MUSIM 2012/13 SIRI 5

Suarez mula tunjuk belang, Liverpool masih malang.


Sepintas lalu kita lihat Liverpool tiada peningkatan dalam perlawanan ke-10 hingga 14. Hanya 6 mata dari maksimum 15 mata. Sepanjang 5 perlawanan itu Liverpool masih dok main-main antara posisi ke-11 dan 12 sahaja. Dari segi positif yang nampak meningkat sikit ialah Luiz Suarez yang menjaringkan 4 gol dari 5 perlawanan, namun ianya sekadar cukup makan, setelah berpuluh-puluh kali peluang dipersia-siakan. Tapi perlawanan yang tak boleh dilupa ialah dengan Wigan dimana Enrique menjaringkan gol cun hasil gerak kerja berpasukan.


Kritikal di Eropah



Liverpool tewas kepada Anzhi , di Russia dalam keadaan dingin salju hasil gol majik Traore. Tak salah Brendan, kerana beliau turunkan pemain simpanan dan pemain. muda. Lain pula dengan perlawanan timbal-balas denagn Young Boys. Liverpool dah nampak macam nak layak otomatik kepusingan ke-2 namun perangai gabra dan nampak ambil mudah membuatkan pasukan pelawat dari Swiss mencuri satu mata.


Selamat tinggal Piala Mickey Mouse


Dah terlepas peluang nak menang satu piala. Sebagai penyandang piala kurang ternama ini, mungkin pasukan kita feberet, namun strategi silap dan cuma memasukkan Suarez disaat akhir memberi padah. Lagipun Swansea memang turunkan pasukan terbaik dan main cemerlang sampai habis. Tapi tak apalah kita tewas dengan pemenang Piala itu

No comments:

Post a Comment