Pages

Jun 24, 2013

BEDAH SIASAT MUSIM 2012/13 SIRI 7

Pemain baru bawa impak dalam Liga





Berbanding pembelian awal musim yang menghampakan, Brendan harus dipuji dengan membeli pemain berorentasikan serangan, yakni Daniel Sturridge dari Chelsea dan Philipe Coutinho dari Inter Milan. Walaupun dengan harga yang tidak murah dan menleburkan hampir £20juta untuk kombinasi kedua-dua pemain tersebut, impak mereka telah menyelamatkan bontot Brendan dari kena sula oleh FSG.

Bulan Januari bermulanya era baru bagi Liverpool dengan kemasukan Sturridge dan Coutinho yang merupakan nadi penggerak kebangkitan dari posisi ke-9 naik mencanak keposisi ke-7. Dengan rekod 2 menang 1 seri dan 1 kalah, secara positifnya 11 gol dijaringkan dengan hanya bolos 4. Prestasi ini boleh dibangggakan kerana pasukan kita kalah kepada Manu dan seri dengan Arsenal. Pasukan cap ayam macam Sunderland dan Norwich kena bantai 3 dan 5 biji tanpa balas.

Kelibat Coutinho yang diturunkan sekali-sekala tetap memberikan impak, namun Sturridge mencuri peluang dengan menempa nama dengan 2 jaringan, walaupun Suarez masih didepan dengan 4 gol. Tapi yang lebih mengejutkan ialah Henderson telah menunjukkan jari tengah kepada pengkritik dengan menjaringkan 2 gol, dan paling tidak dilupakan gol dengan gerakan solo ala-ala Messi semasa lawan Arsenal.



Selamat jalan Piala FA





Sebagai bekas Finalis Piala FA musim sebelumnya, sungguh memalukan tewas kepada Oldham dipusingan ke-4 Piala FA. Dari awal perlawanan dengan majoriti kesebelasan muda dan pemain simpanan rejek, pasukan kita memang saja cari nahas. Mungkin terlalu sombong dan merendah-rendahkan pasukan liga bawahan sampaikan terlalu mudah kena tapau dengan Oldham seawal separuh pertama.


Bukan saya nak cakap kita boleh menang Piala FA, tapi laluan kita selepas Oldam kalau menang ialah Everton dan Everton pula bertemu denagn Wigan dan Wigan pula main dengan Millwall di separuh akhir. Dan Wigan jadi juara dengan menapau Man City yang main macam taik cirit di perlawanan akhir. Bila laluan mudah dipersia-siakan memang peminat ramai yang geram dengan Brendan.

No comments:

Post a Comment