Pages
▼
Jun 30, 2013
PENGURUS MALANG PEMBELIAN GAGAL
Pak Cik Roy Hodgson sepaptutnya kena kaji dulu tawaran ke Liverpool. Dia pengurus yang berprofil rendah dan teramat tidak cocok dengan situasi Liverpool yang telah memecat pengurus terbaik di Eropah, Rafa Benitez. Walaupun ketamadunan Merseyside Merah sedang diambang kejatuhan, namun itu bukan kerana pasukan kita tak bagus tetapi masalah politik peringkat atasan membuatkan tempiasnya tumpah kepadang. Keparat dua ekor dari Texas, memang kapitalis jadian.
Bukan tak ada tawaran kepada pengurus luar, tapi mereka menolak kerana pelan perancanngan dan dasar yang kurang jelas dari pihak pengurusan Liverpool. Didier Deschamps dan pengurus Man City kini, Manuel Pellegrini antara nama besar yang merijek Liverpool kerana mereka bakal melatih Liverpool tanpa bantuan dana besar. Mereka ambil Hodgson dengan harapan beliau dapat menstabilkan kelab. Dalam kata lain mereka mahu jimat belanja serta mahukan Hodgson buat rutin seperti di Fulham, bekerja dengan kewangan sempit.
Memang jimat tak perlu keluar belanja bawa masuk Joe Cole dan Milan Jovanovic. Reputasi Cole memang meletop masa di Chelsea, tapi itu mitos purbakala kerana Cole masa tu tak sama dengan Cole 2006. Jovanovic pula misteri nusantara yang boleh membuatkan Alfred Hitchcock pun krosot apatah lagi Detektif Conan. Ikutkan hasil output Liga Jupiler Belgium, amat memberangsangkan. Sikit punya ganas mengamuk depan gol dan bermain bersama Serbia, beliau kesebelasan utama. Namun mereka berdua contoh pemblian percuma tapi gaji seminggu memang melampau-lampau dengan Cole 100k dan Milan 80k.
Kesedihan melanda Liverpool terpaksa menjual Mascherano ke Barcelona. Memang Mascher minta nak blah tapi jual sampai 20juta cuma beli kuda tua, Poulsen dan Meireles dengan kombinasi 15juta pound sterling. Paling mangkuk sekali Hogson membeli Konchesky dan melepaskan Insua kepada Galastasaray dengan pinjaman. Cavaleari digantikan dengan Jones, ini saya rasa satu penghinaan kerana sekarang Cavaleari memang medal di Brazil dan dipanggil untuk pasukan Samba. Aquilani sekali lagi dihantar balik kampung dan tumpang bermain untuk Juventus
Walaupun saya anggap Hodgson pengurus yang baik tapi kebaikan beliau tak ada maknanya.. Memang kejam kontrak 3 tahun, tapi sempat makan gaji cukup-cukup separuh musim. Tapi kalau dibiarkan dia terus sampai habis musim, potensi nak melingkup turun liga mungkin ada peluang. Ini kerana walaupun pemilik Liverpool telah bertukar tangan dari koboi bandit kepada koboi warak dengan bini cun, pengurusan nampak Hodgson seumpama sedang menebuk lubang kapal kian besar bukan cuba menampal atau mengepam air keluar.
Saya bukan nak ungkit sejarah silam yang ramai buat-buat lupa, tapi kiasannya ialah perpindahan musim ini nampak teramat sempurna, mantap dan realistik. Memang situasi Hodsgon dan Brendan tak sama, namun pengajaran telah diambil .Pembelian kuda tua diminimunkan dan pembelian pemain muda bergetah dimaksimumkan. Idea ini kadang-kadang saya juga kurang boleh diterima, tapi kita ni siapa nak sangkal bila pembelian Coutinho dan Sturridge dah bagi mulut pengkritik bisu seketika, setelah mengutuk sepuas hati, pembelian Allen dan Borini.
time KD ambil alih dan beli suarez dan Carroll semua inilah peluang terbaik liverpool bangkit.musim kedua KD terus berbelanja besar bawak plk Henderson ngn downing dpt satu piala tup kena pecat gak!!
ReplyDeleteBR kalau tgk gayanya kalau masih tak mampu top 4 ada potensi nak kena pecat!
Top 4 minimum.
ReplyDeleteIni sejarah pahit...aku cukup benci kalau pengurus duduk sila pangung dari minit satu sampai 90 kat bangku simpanan,hampeh betul! paling tak boleh lupa cara dia gomos muka tension tu keh keh...
ReplyDelete