Pages
▼
Jun 26, 2013
SIMON MIGNOLET SAH PEMAIN LIVERPOOL
Sejarah memamng selalu berulang. Teringat saya dengan kes Sander Westerweld dan Jerzy Dudeks dahulu. Westerveld memang gah dengan trebel medal dengan kita, malah sedang menggugat kedudukan Van Der Sar sebagai goli utama Belanda, tup-tup beliau main semacam kamjad selepas musim trebel dan terus digantikan dengan goli utama Poland, Jerzy Dudeks dari Feyernood. Dudeks pula yang gah dengan aksi hebat malam keramat Istanbul 2005, tiba-tiba mengalami nasib yang sama. Mungkin sindrom berasa bagus dan mati pucuk atas padang membuatkan Liverpool sekali lagi membawa pengganti muda tapi berkepala botak dari Villareal Pepe Reina.
Setelah 8 tahun dengan aksi semakin merosot, Liverpool membuat langkah berani dan mungkin nampak sedikit kurang asam dengan membeli bakal goli utama, Simon Mignolet dari Sunderland dengan perpindahan kira-kira £9juta pound. Itulah hakikatnya, walaupun Pepe masih bagus cuma kurang konsisten kebelakangan ini, Mignolet yang masih bergetah dan berambisi tinggi nampak paling konsisten dalam Liga Perdana dengan hanya 2 kesilapan individu dalam 38 perlawanan. Pepe Reina boleh dikatakan dekat 6 tau 7 kali kesilapan dalam musim ini.
Harga yang tinggi bagi goli mungkin sedikit merisaukan kerana saya lebih suka jika Asmir Bergovic dari Stoke yang mnejadi pengganti Reina. Namun bahagian pencari bakat lebih arif dari kita yang sekadar menonton dari cenel ASTRO dan Youtube mengikuti cerita pasal kehebatan pemain ini. Kemungkinan besar juga saya berpendapat Mingnolet lebih bagus dari Bergovic dari segi unit pertahanan kelab masing-masing. Iyalah bek Stoke lebih mantap dan main ultra bertahanan , manakala Sunderland pula bek banyak yang merapu terutamanya Titus Bramble.
Apa pun jua diharap beliau bakal memberikan persembahan terbaik dan menjadi pemangkin kekuatan pertahann Liverpool untuk masa akan datang.
No comments:
Post a Comment