Pages

Jul 4, 2013

JONJO DAH JADI PEMAIN SWANSEA


Jonjo Shelvey di beli dengan harga £1.5juta pound dari Charlton Athletic dan dijual dengan £5juta pound setelah 3 tahun. Ramai yang keliru kenapa Shelvey yang masih ada potensi dan perlukan lebih pengalaman untuk berjaya dijual pada usia yang masih muda 21 tahun. Jawapannya samar, tetapi andaian saya ialah Liverpool mungkin tak sanggup nak tunggu sebab sekarang ramai lagi pemain samada diluar atau dalam Liverpool sendiri yang mempunyai potensi atau lebih lagi dari beliau.

Shelvey boleh digelar Encik Utiliti, kerana mampu bermain dipelbagai posisi walaupun agak janggal Dia mampu bermain baik walaupun tidak sebagus yang diharapkan. Selain posisi kegemaran ditengah, Jonjo pernah bermain sebagai penyerang utama, disayap dan juga bek kiri. Kelemahan beliau yang ketara ialah terlalu perlahan dan jarang kejar bola apabila kantoi. Cuma Shelvey musim lepas mampu juga buta kejutan dengan gol yang mengubah nasib pasukan dalam Liga Europa.

Diharapkan Jonjo Shelvey berjaya selepas ini di Swansea kerana pengurus Swansea bukan calang-calang orang. Beliau mungkin dapat membentuk Jonjo menjadi pemain berkaliber suatu masa nanti.

3 comments:

  1. shelvey ada potensi menjadi bintang. Kerana hantaran dan rembatannya, mengingatkan aku kat paul scholes..Harap liverpool tak menyesal lepaskan pemain ini..

    ReplyDelete
  2. susah nak predict player yang tak konsisten...kadang kadang bagus kadang kadang tak...Liverpool dah aim target posisi 4 musim ni...hanya yang konsistent jer layak main untuk liverpool...

    selagi dia tak kata busuk pasal liverpool aku pasti dia akan berjaya bersama swansea..

    macam mana lah agaknya nasib asaidi pulak ek....


    ReplyDelete
  3. awat la si rodgers xloan kan jer abg botak nih. .

    ReplyDelete