Pages

Nov 8, 2013

LIVERPOOL LAWAN FULHAM


Liverpool sekarang dalam dua dimensi dalam pandangan peminat. Bagi yang optimis mereka beranggapan berada dalam keadaan sekarang amat berbahaya kerana sekarang untuk mengejar slot Liga Juara-Juara, kelompok 6-7 pasukan, sedang kejar-mengejar dan tunggu sesiapa buat silap untuk naik. Macam main enjit-enjit semut siapa sakit turun bawah. Tetapi bagi yang redha dan tak kisah semua itu, kedudukan sekarang sudah cukup baik berbanding musim lalu.

Sebagai pihak yang kritis dan semestinya berhaluan kiri, saya berpandangan bahawa pasukan kita meningkat dan memang bersyukur dengan situasi sekarang tetapi sasaran yang diletakkan dibahu Brendan oleh pemilik ialah paling koman tempat ke-empat. Jadi tidak boleh tidak kena pastikan dalam perlumbaaan sengit musim ini janganlah terbabas apabila bermula di hampir petak hadapan dan merempit dengan lancar tanpa mebuat keputusan silap samada di jalan lurus atau selekoh merbahaya.

Selekoh yang dimaksudkan ialah Arsenal minggu lepas. Kita terbabas kerana bukannya Arsenal kuat sangat tetapi pasukan kita sebenarnya punyai pilihan samada untuk main betul atau biarkan lawan lanyak kita seadanya. Perlawanan tersebut sepatutnya kita boleh sekurang-kurangnya curi mata, tetapi pasukan kita tak pandai nak curi peluang. Disini saya lihat bukan kesilapan pemain, Brendan membiarkan penguasan tengah dengan Arsenal 5 lawan Liverpool 3.

Kesilapan memang kerja manusia dan diharap perlawanan yang dianggap mudah kali ini lawan Fulham jangan terkantoi sudah. Pasukan lain saya tengok buat Fulham dah jadi Foolham, lubuk untuk cari mata. Jadi kalau tak dapat 3 mata, apatah lagi di Anfield memang saja cari nahas.Ketiadaan kapten Fulham, Hangeland adalah punca kemerosotan, sedangkan dia ada pun Fulham sekejap ok sekejap tidak. Jadi misi kali ini mudah dengan ura-ura Martin Jol akan kena kapak oleh pengurusan Fulham

Brendan pasti lega bilamana tonggak sayap belakang Johnson dan Enrique telah lulus ujian kecergasan. Mungkin lampu hijau untuk terus main lawan Fulham menggantikan Flanagan dan Cissokho yang kurang ummmphh. Bagi kecederaan Gerrard mungkin dia tak seteruk yang dikepohkan, tapi saya harap Kapten direhatkan untuk mengembalikan stamina dan kecergasan setelah terus-menerus main tak henti sejak awal musim. Bagi peluang sama kat Allen sebab dah nak jadi Alien dah dalam pasukan.

Sebelum ini kita ada SAS, Sturridge dan Suarez. Tetapi sekarang SCOUSE plak, gandingan SuarezCOUtinhoSturridgE. Masa lawan Arsenal kerinduan terubat apabila Coutinho kembali memantapkan unit serangan yang begitu terasing. Sentuhan Coutinho yang licik serta lorongan maut pasti memudahkan SAS lebih mudah buat kerja. Namun begitu kena berhati-hati juga sebab Coutinho baru sembuh, mungkin masih berkarat dan baru nak panas enjin.

18 comments:

  1. dah boleh teka lum?

    kalau BR tak buat experimen yang bukan bukan ...3-0

    ReplyDelete
  2. liverpool mng bergaya 4-0. Skil dan lorongn maut coutinho mse lawan arsenal da ckup meyakinkan aku...YNWA!!

    ReplyDelete
  3. Liverpool 2 - 1 fulham

    -Rajamerseyside-

    ReplyDelete
  4. Liv 4-0 fulham
    aleym

    ReplyDelete
  5. liverpool 3-1 fulham
    -msw

    ReplyDelete
  6. Liv 5 - 0 Fulham
    -Stan-

    ReplyDelete
  7. cute-tinho 10 says: liverpool 3-0 fulham

    ReplyDelete
  8. Liverpool 5-1 fulham

    -Ayhku-

    ReplyDelete
  9. liv 4-0 fulham
    >ayen<

    ReplyDelete
  10. liverpool 3 - 0 fulham
    - azlan86 -

    ReplyDelete
  11. Liverpool 2 - 0 Fulham

    _DiDi_Laborteaux_

    ReplyDelete
  12. Tahniah 3 peneka tepat minggu ini.
    Naziul Mubin
    Aleym
    Ayen

    ReplyDelete