Pages

Dec 6, 2013

LIVERPOOL 5-1 NORWICH


Nampaknya Norwich tak berdaya dan terpedaya dengan kehebatan Suarez. Nampak pertahanan dan goli mereka macam kena pukau dengan Suarez. Gol pertama bagi saya antara yang terhebat dengan melakukan sepakan kangkang dari jarak jauh melepasi jangkau Ruddy. Gol kedua hasil muslihat Gerrard membuka ruang untuk Suarez merembat dari jarak dekat dengan begitu padu. Gol ketika adalah teknik latino klasik dengan mengelecek dan melantunkan bola  sambil menunggu momentum sesuai dengan rembatan padu. Gol terakhir beliau hasil sepakan percuma melencong indah mengelirukan goli Norwich. Tak cukup dengan itu Suarez melakukan hantaran kepada gol Sterling.

Saya tengok selain dari gol Suarez dan Sterling, Liverpool mempunyai banyak juga peluang. Ini petanda positif, dan pasukan kita kena pastikan apa yang mereka buat ketika lawan Norwich berterusan. Boleh dikatakan kemasukan Agger menggantikan Toure memberikan sedikit kesegaran dari segi penguasaan bola kerana Agger nampak lebih yakin memegang bola berbanding Toure. Allen nampak ada sedikit gugup dan adakalanya nampak senang dibuli lawan tetapi dia keseluruhan ada peningkatan.  Kombinasi Henderson, Coutinho dan Sterling banyak membantu Suarez dan saya yakin Moses bakal rehat lebih lama lepas ini. Kapten Gerrard paling tak bernasib baik kerana beberpa peluang tersasar sipi.

Cara Hull dan Norwich menghadapi pasukan kita jauh berbeza, Pasukan Hull bukan bahaya sangat tapi mereka cukup bernasib baik, tetapi Norwich pula tak bernasib baik kerana mereka sudah lupa dengan amcaman Suarez. Lagi satu persediaan Brendan begitu ngam dengan meletakkan kesebelasan seimbang. Kita amat berharap Brendan tak buat hal nak berekperimen  sangat kerana kesebelasan sekarang dah cun. Namun berilah peluang buat Sakho beraksi untuk memberi can Skrtel berehat pula.


3 comments:

  1. bagi aku la.. 10 minit terakhir tu brendo dh patut bg aspas main. sbb kedudukan dh selesa.. lg 1 mana jordan ibe? brendo bley try gantikan ibe dengan henderson.. ynwa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x phm aku. Ikut BR ,Sterling utk skrg, Ibe fot future. Tp sterling still long-long to go. Kena dptkan best quality winger & boleh cope fizikal EPL utk Jan trans window.

      Delete
  2. betul tu, patut bagi 10 atau 15 minit terakhir kat aspas main...sekurang2 dia boleh build up momentum...aku cukup risau kalau Suarez cedera yang masuk aspas yang dah bekarat dek lama teperap dalam garage...

    1 minit terakhir, kejam tu... kalau kata nak lengahkan permainan dah 5-1 dah..

    overall keputusan yang bagus tapi aku tak mau dibuai mimpi lagi...lepas ni spurs, city dan chelsea semuanya away... harap harap kita masih bertahan diposisi 4 akhir disember ni...

    ReplyDelete