Pages

Dec 4, 2013

LIVERPOOL LAWAN NORWICH


Jadual padat bulan Disember telah bermula. Tak sampai 3 hari dengan Hull, pagi besok kena layan Norwich di Anfield. Ramai peminat bengang dengan keputusan Brendan yang merehatkan tonggak utama. Itu memang kesilapan beliau kerana dia yakin dengan pemain beliau 100 %. Namun keyakinan sahaja tak cukup sebab beliau kena ikhtiar nak kalahkan lawan dengan strategi bukan setakat letak pemain yang dah berminggu-minggu tak main. Lepas tu biar mereka tenggelam punca.

Saya tahu Brendan dalam dilema. Nak letak barisan terkuat kena fikir juga tahap kecergasan serta potensi kecederaan. Dengan skuad yang kita ada, tak payahlah nak merungut sebab memang tak begitu seimbang. Kalau menang dikira bonus dan kalau kalah, kena ada penambahbaikan pemain Januari ini. Paling diperlukan ialah pemain tengah dan penyerang yang tak malu depan gawang . Itu sahaja pilihan yang ada jika semua pilihan dalam skuad tak mampu memberikan impak kepada pasukan.

Jika Brendan mahu jadi pengurus berjaya beliau kena faham asas untuk menang tak kiralah siapa lawan, iaitu letak barisan terkuat semampu mungkin. Pemain macam Sakho, Agger dan Coutinho wajib main dalam perlawanan dengan Norwich nanti. Begitu juga dengan Aspas, yang merupakan calon otomatik ganti Sturridge. Menjadi atau melingkup itu bukan masalah kerana dari beli dok peram dibangku simpanan, kena cuba dan harap supaya Aspas taklah seteruk yang kita sangka.

Semua sedang fokus kepada Suarez. Dia memang badi kepada Norwich. Jadi sementara lawan bakal mengikat Suarez semahunya , saya tak terlalu yakin kali ini Suarez bakal membuat hartik lagi. Jadi pemain lain yang asyik jadi pelakon pembantu dan pak pacak sebelum ini asyik dok tengok hero mengganas, kena tonjolkan diri serta mahu dihargai penonton. Saya jeles tengok Ramsey yang melepasi segala ejekan peminat Arsenal musim lepas, dan menjadi pemain terhangat di Liga Inggeris.

7 comments: