Pages

Mar 20, 2015

LIVERPOOL vs MANCHESTER BERSATU

LIVERPOOL vs MANCHESTER BERSATU


Bismillah...
Terima kasih kepada semua pengikut setia blog Liverpoolkita ini kerana memberi semangat kepada saya dan kata-kata aluan atas kehadiran saya di dalam blog ini.Ia akan menjadi pembakar semangat dan kata-kata perangsang untuk saya terus mencuba dalam bidang baru ini.Sesuai dengan kata-kata keramat You'll Never Walk Alone,ternyata kawan-kawan semua tidak membiarkan saya keseorangan di dalam berkarya.Thanks...

Setelah dengan rasminya saya di lantik menjadi penulis undangan,dengan serta merta nya arahan telah dikeluarkan agar saya membuat preview berkenaan perlawanan yang akan datang.Walaupun merasakan tindakan ini zalim dan kejam dan boleh diajukan ke kementerian yang berkaitan,tetapi saya dengan selamba kangkang menjawab "ok bos" agar beliau terasa yang beliau mempunyai kuasa dan ini akan mengembangkan lubang hidung beliau.Maka,ini lah hasil pertama saya.

Tolak tepi cerita pasal statistik.Pengadil yang akan mengendalikan perlawanan yang dijangka sengit dan tengit pada hari ahad ini ialah Martin Atkinson.Dalam 5 perlawanan terakhir yang diadili beliau,beliau telah melayangkan sejumlah 12 kad kuning dan 3 kad merah.Kad merah yang dilayangkan hadir dalam keadaan penuh kontroversi.Beliau juga mengadili perlawanan liverpool dan manchester sebelum ini di Trafford Tua dengan mempersembahkan 7 kad kuning.3 daripadanya dihadiahkan kepada liverpool.

Sedikit berkenaan corak taktikal menyu.Pastinya kesebelasan yang merobek spurs akan dikekalkan dengan hantaran jarak jauh mencari rambut kepala tebuan menjadi taruhan.Taktikal yang sama digunakan oleh stoke.Taktikal ini boleh dimati pucukkan dengan cara memandulkan pemain yang melakukan hantaran jarak jauh.Dalam kes ini,Carrick...

Bagi liverpool,memang tidak di nafikan lagi yang pasukan kita berada dalam prestasi yang cukup baik.Pemain sudah bersedia dengan corak taktikal yang diterapkan.Mungkin formasi pokok krismas masih menjadi kepercayaan pakcik brendan dan bukan nya formasi pokok senduduk.Hantaran yang kemas dan tidak terpeleot.Moral pemain berada di tahap yang terbaik untuk membenamkan kepala setan di Anfield.Mereka harus fokus di dalam setiap game dan cuba untuk mengaplikasikan arahan yang di berikan.

Sekembalinya abang long gerrard dan bulldozer lucas menambahkan lagi kemantapan di bahagian tengah bertahan.Paling mencuri tumpuan saya ialah coutinho.Pemain ini sudah mula faham apa yang pakcik brendan mahukan dan menukarkannya dengan skil dan kematangan yang cukup luar biasa.Jika beliau mengekalkan prestasi sebegini,tidak mustahil kelab-kelab lain mula memberi perhatian.

Bagi saya,tiga mata penuh wajib kita tuai memandangkan kita beraksi di laman sendiri.Baki 9 perlawanan terakhir dengan 4 daripada nya adalah di laman sendiri wajib diterjemahkan dengan 3 mata penuh kerana kita tak mahu keciciran mata.Tempat bagi liga juara-juara mungkin berada di dalam tangan sekiranya kita mengekalkan rekod persembahan yang konsisten.

Mignolet
 Can Skrtel Sakho
   Markovic Gerrard Henderson Moreno
 Coutinho Sterling
  Sturridge

Sekian untuk percubaan pertama saya.Komen anda amat saya harapkan...Keep the faith...

*Bos,mau bagi berapa bintang yaa...???

22 comments:

  1. Penampilan pertama awang THRASHER yang mengujakan. Teman bubuh empat bintang.

    Si Merah 2-0 Setan Merah

    #This Is Anfield
    #YNWA!

    ReplyDelete
  2. Kalau camni Tokeysiber bleh bersara teruslah.

    ReplyDelete
  3. couthinho ni underrated can luis garcia sanz gitu...

    ReplyDelete
  4. 5 bintang untuk awang..
    Liv 4-0 menyu
    Ayen..

    ReplyDelete
  5. 3 bintang..mula mula buat kerja,tak boleh bagi byk terus..

    ReplyDelete
  6. Blog ini sentiasa menjadi rujukan untuk aku..teruskan berkarya.YNWA

    ReplyDelete
  7. Terbaek boh, ulasan yg kemah-keming serta mantop. kipidap.

    ReplyDelete
  8. Ulasan yg di nantikan,padu!Tahniah en.awang..
    Nora kasi 4 round..Hahaha..
    Liverpool 3-0 Syaitonirojim

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. tahniah en awang,ulasan yg simple tp padat...sy memilih keputusan tipis kite menang 2-1..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih awang...selamat berkarya dan trus maju jaya...ulasan yg mantap utk prmulaannya...
    In shaa Allah dgn izinNya Liverpool kmbali garang dan konsistented...The Reds 3-0 Raja setan..Amin
    BATU11MARI

    ReplyDelete
  12. pertembungan kat tengah... kerja handerson ngan Allen untuk memandulkan carick..

    tahun ni dua dua pasukan penyerang tumpul..

    ReplyDelete
  13. 2-0 kali ni...ynwa

    ReplyDelete
  14. Liverpool 2 - man utd 0

    kumai...

    ReplyDelete
  15. Thniah awang, kjer umh padu! Tokey cyber jgn la bersare lg, khidmat anda amt d prlukn lg...

    The reds vs iblis laknatullah 3-1....

    Wahitz king of merseyside

    ReplyDelete
  16. Terbaik awang... buatkn aku tersentuh krne newbie... hehe.. jgn mara ha.. liv 2-0munyet

    ReplyDelete
  17. Power awang..ckp byk xgune..liverpool 2-0 setan merah.. =×÷$#jfkberger

    ReplyDelete
  18. Liv 2 - 1 Mu
    -stan-

    ReplyDelete
  19. Karya y memuaskn.. Tp blm smp terbaik.. mr.awang kna rajin berimaginasi lg dlm bkias myusun kta2.. X prlu ayat skema sgt.. Wat loghat ke @ ayat2 pelik tp klakar.. Bru syok.. Kwn ska cra tokeysiber wat ayat.. Tp ikhlas utk anda kwn kasi 3 stgh star dlu.. Lg 1 stgh tggu ulasan pas match ni he3..
    Liverpool 1-0 ManUk..
    -Mr. Reds Anfield-

    ReplyDelete