Pages

Jun 27, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL PUSINGAN KE-2 EURO16



Harap-harap pasukan yang nak bida Skrtel tak cuba tarik balik setelah tengok prestasi Skrtel masa lawan Jerman. Tabiat suka tarik baju dan tolak pemain dalam kotak penalti dah sinonim dengan beliau. Kat Liga Inggeris bolehlah kau terlepas, tapi di kejohanan Eropah, undang-undang ketat sampai kentut pun kena kad. Imej kereta kebal Skrtel dulu amat digeruni lawan dan dikagumi peminat. Sekarang semuanya tinggal dalam lipatan sejarah, kita kena terima yang beliau dah tak semantop dulu-dulu.

Kemenangan Jerman 3-0 keatas Slovakia taklah memeranjatkan. Tapi Slovakia telah hilang semangat keperkasaan mereka untuk melawan seperti yang kita lihat dalam perlawanan sebelum ini. Malah saya tengok Hamsik jadi mati kutu nak gerakkan serangan  sebab pasukan mereka diserang Jerman tak henti-henti. Lagi satu Jerman buat kita akur yang Gotze taklah sebagus mana, sebab Draxler yang gantikan beliau memang jauh lagi bagus serba-serbi. Sebelum jadikan Sadio Mane calon alternatif Gotze, cuba minta Klopp ayat skit  Draxler, manatahu dia mahu ikut Klopp.

Dalam satu lagi perlawanan antara Belgium balun Hungary 4-0 , tapi sekor pun dari Mignolet, Origi mahupun Benteke dapat peluang main. Wilmot mungkin dah rekod persembahan kurang memberangsangkan Mignolet dan Benteke, tetapi takkan dengan Origi berkira kot. Origi rasanya patut dapat peluang, tetapi Batshuayi yang masuk menggantikan Lukaku memang patut dipuji sebab beri sumbangan gol. 

Mungkin Origi bakal dapat peluang dalam pusingan seterusnya bergantungan kepada perancangan Wilmot. Bukan nak minta Lukaku atau Batshuayi cedera, tetapi dengan prestasi sekarang nampak agak gaya kalau mereka berdua sihat wal-afiat , jangan harap Origi atau Benteke dapat main. Kalau dia tak main pun bagus juga sebab potensi nak cedera kurang dan lebih bersedia untuk para-musim yang padat musim depan. 

No comments:

Post a Comment