Pages

Jun 23, 2016

KELAYAKAN KE PUSINGAN KEDUA EURO16

Credit @PHOTOSLFC
Aksi Belgium dengan Sweden menutup tirai peringkat kumpulan EURO16 bagi  pemain Liverpool. Sempat jugalah Benteke rasa 5 minit ganti Lukaku dan Origi ganti Hazard, walaupun tak sempat basah ketiak. Mignolet macam biasa jadi pemerhati dibangku simpanan. Belgium berjaya membenam Sweden 1-0, hasil ledakan Radja Naingolan. Ihklas cakap pemain cenggini yang kita patut buru sampai dapat, tapi dengan tauke macam FSG, nama yang tak kenal macam Zeilinki sahaja yang kita terngiang-ngiang dalam berita perpindahan. Tengok Zielinki main dengan Poland haritu, maaf cakap dia masih belum boleh ganti Allen yang dikatakan bagai kena lelong.

Pusingan kedua yang membabitkan pemain Liverpool seperti berikut:

Wales lwn Northern Ireland  - Allen, Ward 

Hungary lwn Belgium  - Mignolet, Benteke, Origi 

Germany lwn Slovakia  - Emre lwn Skrtel

England lwn Iceland - Clyne, Henderson, Milner, Lallana, Sturridge

2 comments:

  1. harap milner dapat main pusingan kedua nanti.. awal musim lepas tak berapa minat tengok dia main. macam lari kejar bontot orang je.. tapi hujung musim banyak assist dia buat. rasa nya england perlu assist yang kreatif untuk jaring gol..

    ReplyDelete
  2. Betul dari letak Wilshere yg tak berapa fit tu, ada baik Milner yg main.

    ReplyDelete