Pages

Jul 2, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL DALAM SUKU AKHIR EURO16



Satu lagi kejutan dari Wales , menapau pasukan pilihan Belgium di suku akhir. Tak ramai yang sangka dalam 90 minit, Wales boleh bubuh 3 biji mengatasi Belgium. Perbandingan pemain-pemain Wales dengan Belgium sangatlah ketara. Bagi kita selain Bale, hanya Allen dan Ramsey dan William,banyak pemain Wales yang tak dikenali berbanding Belgium yang punyai bintang-bintang pujaan peminat seperti Hazard, Lukaku, Bruyne dan ramai lagi.

Bagi peminat Liverpool, persembahan Allen amat membanggakan. Dia menjadi tonggak utama Wales dan boleh dikatakan tak pernah terlepas lagi perlawanan. Berbanding rakan di Belgium, Origi, Benteke dan Mignolet yang hanya jadi pemerhati dan pemanas bangku simpanan. Prestasi Allen walaupun mendapat pujian peminat Liverpool tetapi gossip beliau yang bakal dijual , pasti memanaskan hati peminat yang mahukan Allen kekal.

Manakal bagi Benteke, walaupun dia tak berapa menyinar bukan sahaja di Liverpool malah tak dapat peluang dengan Belgium bukan tak ramai yang nak dapatkan khidmat beliau. Paling terkini dan sensasi Crystal Palace cuba bidaan sebanyak £25juta tetapi Liverpool bagitahu paling kurang kita mahu £30. Kiranya kali ini Liverpool tak lembik lagi nak lepaskan pemain dengan harga diskaun. Lagipun dengar kata banyak lagi pasukan elit yang mahu beliau, sebab tu Liverpool buat jual mahal kat Palace.

Selepas ini Wales bakal bertemu Portugal di peringkat Separuh Akhir. Kita sebagai peminat Liverpool pastinya mahu Wales keperingkat Final kalau boleh. Tapi Portugal bukan boleh kita abaikan kerana mereka dah tapau pasukan yang dikatakan lebih bagus seperti Croatia dan Poland. Perlawanan ini pasti menarik kerana Bale dan Ronaldo bakal tentukan siapa yang bakal jadi hero buat pasukan masing-masing.

2 comments:

  1. Ade pape update psal hector x bang? Hatiku bnyk trluka dgn prmainan moreno season lpas...nmpak mcm kekal dia ni.. klo xde pmblian LB baru utk saingan..takot kloop syg lebih kt moreno dri gomes n flano

    ReplyDelete
  2. Bek kiri mungkin ada pemain baru. Kena tunggu lepas Euro16 final kalau nak tahu Klopp bida Henctor atau tak

    ReplyDelete