Pages

Jul 10, 2016

KLOPP DAH PUASHATI DENGAN BAHAGIAN SERANGAN



Klopp dah bosan dengan Gotze. Mamat tu memang taknak ke Anfield. Mungkin tanpa Liga Juara-Juara atau dia letih dengan "Heavy Metal" Klopp dan lebih mahukan "Dangdut" Spurs atau "Pop" Dortmund. Jangan cakap kita bakal menyesal tak bersungguh-sungguh, jika Gotze berjaya di Spurs contohnya nanti. Mungkin itu rezeki kelab lain. Tetapi Klopp mahukan pemain macam Mane, yang tak banyak koya. Spontan cakap mahu tak payah nak bajet nak fikir masa depan sangat.

Sturridge, Origi dan Ings berebut posisi penyerang utama. Mane, Firmino, Coutinho, Lallana, Milner pemain tengah menyerang. Itu belum campur pemain-pemain muda yang bakal jadi kejutan macam Kent, Arnold, Ejaria dan lain-lain. Dengan Benteke dah hampir ke Crystal Palace dan Balotelli takkan diberi peluang kedua. Rasanya Klopp mahu kuatkan bahagian lain yang lebih kronik macam Bek Kiri dan Tengah Bertahan.

2 comments:

  1. Setuju tokeysiber. kalo boleh pemain yg hebat tanduk. Baik bertahan atau menyerang. Dah cara liga english camtu..

    ReplyDelete
  2. Betul gak, masalahnya tak ramai pemain tinggi lampai dalam skuad sekarang. Grujic 6"3" yang lain ramai bawah 6.

    ReplyDelete