Pages

Oct 28, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE

West Brom dah lepas. Badi berikutnya Crystal Palace. Banyak sejarah tercipta dua tiga musim dengan Palace. Bukan setakat liat nak dikalahkan, Palace anntara punca pasukan kita kantoi nak dakap Liga musim 2013/14 dulu. Cara main Palace memang tak menghiburkan macam gaya Menyu sahaja. Mereka tentu main kasar dan serangan kilat mereka cukup bahaya. Dulu mereka ada Bolasie, sekarang Benteke pula ayam tambatan. Kita ngeri nak hadap bekas pemain kita ni sebab takut dia berdendam dan ulangi perangai gila cam kat Aston Villa.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Lana Hendo Gigi
Mane Firmino Coutinho

Lawan Spurs haritu saya tak tengok sebab letih esoknya nak kerja pagi. Tapi menurut laporan memang pilihan kedua main dengan baik. Kemenangan 2-1 melayakkan ke Suku Akhir Piala EFL. Klopp memang tahu rakan sejawat nak letak pemain simpanan, jadi terbukti simpanan kita memang boleh tahan. Tambahan pula Sturridge yang paling menonjol dengan 2 gol. Tapi paling mendapat suluhan dan pujian ramai ialah pemain Bek Kanan muda, Trent-Alexander. Patut lah Klopp tak beli bek kanan baru dan pinjam keluar Flanagan. Rupanya ada permata yang sedag digilap.

Lawan Palace nanti saya begitu harap pertahanan kena waspada dengan lawan dan juga diri sendiri. Lawan satu hal, mereka memang tahu kelemahan pasukan. Tapi pemain dah tahu mereka ada kekurangan ketinggian, bila bertahan dari segi setpis, harap kena yakin dengan diri. Berlatih berhari-hari mustahil Klopp tak tekankan nak basmi kelemahan setpis. Saya tengok zoal marking dah ok, tetapi kena main cerdik. Pemain Palace ramai tinggi-tinggi, tetapi tak semua pakar tandukan. Rasanya paling bahaya Benteke dan Delaney yang lain biasa-biasa sahaja.

Serangan takda masalah rasanya. Memang pilihan utama trio Mane-Firmino-Coutinho. Masa lawan WBA haritu kita nampak pola serangan Liverpool memang pelbagai. Sebab apa pemain barisan depan saling melengkapi dan jarang main tamak. Kalau Firmino tak buat hantaran lambung kepada Mane, dan dia cuba masuk gelecek lagi rasanya sukar sebab bek WBA dah meramaikan belah dia. Tetapi lain kes bagi Coutinho, dia nampak macam tamak, namun tahap konfiden beliau memang tinggi, boleh dia acah-cah mengantoikan bek WBA sampai terduduk.

Saya taklah terlalu teruja dengan keputusan lampau. Berada dalam kelompok atasan memang boleh buat lupa daratan. Kemain seronok menghanjing pasukan lain suruh masuk gua bagai. Jangan lupa awal lagi baru seperempat musim. Setiap pasukan yang hampir dengan kita masih berpeluang nak potong jika kita tak main secara konsisten. Jadi peluang bertemu dengan pasukan bawahan kena pastikan gunakan sebaiknya. Selain 3 mata adalah kerugian.

33 comments:

  1. Saya tngok masa lwn tottenham. Masalah set piece mcm x pernah brlku, dah tiada. Saya x tau knpa. Mgkin sbb goli atau defend. Klau x penalti mgkin clean sheet. Liv bole blsh lebih dri 2 sbnrya. Tapi kebnyakan goli pihak lwan hebat2 belaka mnepis sgla srngn. Cp 1-3 liv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya Mignolet boleh dpt balik top spot ker bro.

      Delete
    2. Rsanya bgitulah. Tapi klau aq bgi pluang dlu kat karius utk tambah pngalaman dan hilangkan nervous. Sbb masa kat mainz dia ok.Harap karius dpt bljar drpd senior mignolet masa lwn tot.

      Delete
  2. bnyk kali teka xtepat..
    tp serius musim ni agak teruja..
    harap terus konsisten..
    abam nak tembak CP 0-3 Liverpool..
    #inikalicleansheet
    #ynwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha tangga kejayaan.. tapi cleansheet mmg mitos musim ni.. apa pun tguu result

      Delete
    2. kasi jadi itu mitos!
      hehehehe..
      ben10 sila main buruk plz..
      hahahahaa...

      Delete
  3. Cp 0-2 liv...jfkberger

    ReplyDelete
  4. crystal palace 1-2 liverpool

    -cucu mak leha-

    ReplyDelete
  5. Liverpool 2-0 CP
    Kluangman

    ReplyDelete
  6. Liv 2-1 Cp
    Mane ngn gigi masing2 goal sebijik

    ReplyDelete
  7. cry 2 liv 3

    ambik masa sikit nak dapatkan clean sheet

    ReplyDelete
  8. Liverpool 3-1 Crystal palace

    -azhar ynwa-

    ReplyDelete
  9. Liverpool 4-0 palace

    kumai

    ReplyDelete
  10. Ini kali...ini kali...ini kali...fuh kanan,fuh kiri,fuh depan,fuh belakang,jelly jelly one two jus...kite menang 3 - 1...

    ReplyDelete
  11. Crystal Palace 1-3 Liverpool

    #YNWA

    ReplyDelete
  12. Cp 0-1 liverpool..
    -rajamerseyside-

    ReplyDelete
  13. cpalace 1
    liv 2
    -stan-

    ReplyDelete
  14. Crystal Palace 1 - 3 Liverpool

    ~EncikNurud~

    ReplyDelete