Pages

Nov 4, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN WATFORD

Pasukan Watford, laluan sutera untuk pemain-pemain dari Serie A ke Liga Perdana Inggeris. Memang cerdik betul Pemilik Watford, Gino Pozzo yang juga pemilik Udinese di Serie A. Dia ada pilihan untuk tukar pemain dari Udinese ke Watford dan sebaliknya. Sebab itu kita tengok Watford bukan pasukan Inggeris dah, yang tinggal dalam kesebelasan Troy Deeney sekor baka Inggeris-Nigga. Yang lain hampir majoriti pemain luar yang agak ternama dalam arena antarabangsa.

Corak Watford memang bahaya. Mereka main nak kata ganas tak juga tetapi corak pantas mereka menyerang memang kita dah merasa aib 3-0. Saya ingat lagi masa tu aksi hampeh Skrtel asyik dok gostan bila Ighalo membawa bola dari luar dan merembat masuk. Gol yang itu saya ingat pun sebab memang Skrtel memang jahanamkan pasukan dengan persembahan teruk. Dia dapat peluang itupun sebab Lovren cedera saat akhir. Lagi 2 gol tak pasti camna masuk.

Musim ni pun Watford makin cemerlang. Paling cemerlang bila mereka menapau Menyu 3-1. Dibawah bekas pengurus Napoli dan Inter, Walter Mazarri, Watford mengumpul pemain luar yang agak ternama macam Roberto Pereyra, Miguel Britos dan Valon Behrami. Sebab tu Watford nampak gempak skit dan corak permainan mereka tak merapu macam Sunderland. Dari segi kualiti permainan saya anggap mereka pasukan yang suka menyerang juga sebab musim ini mereka berjaya jaringkan 14 gol. Pemain yang perlu diawasi mungkin Ighalo, tetapi Capoue juga dapat jaringkan gol dari tengah.

Karius
Clyne Matip Lovren Moreno
Lana Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho

Senang letak kesebelasan Liverpool. Tak banyak perubahan dan rasanya tak perlu nak buat eksperimen kecuali terpaksa. Milner rasanya sudah pulih, namun prestasi Moreno tersangat mantap bila dapat peluang baru-baru ni. Klopp mesti pening nak buat pilihan. Begitu juga dengan kes Emre dan Gigi. Kalau ikut kesebelsan terbaik dapat kat Gigi, namun prestasi Emre lawan Palace macam juga Moreno tersangat sukar untuk dilepaskan dari kesebelasan utama. Ikut kesesuain dengan corak pantas Watford, Gigi calon sesuai namun terpulang kepada Klopp.

Prestasi Karius nampak ada rungutan. Dia masih tak mampu nak halang kebolosan pasukan. Gol McArthur memang silap Lovren, namun Karius tak cuba nak menghalang tandukan pemain Palace dengan cara normal. Kita tengok dia hanya melompat dengan tangan kat belakang buat apa. Masih lagi dalam kotak penalti, mungkin dia terlupa ketika itu yang penjaga gol boleh main bola pakai tangan. Lawan Watford saya rasa Karius perlu serius sebab Mignolet dah merungut-rungut kat bangku simpanan.

Imbas balik prestasi bila berakhir 10 perlawanan, pasukan kita dalam prestasi yang tip-top. Masalah tetap ada, tetapi jika pasukan kita boleh bolos sekalipun, kita dapat membalas balik dengan kelebihan gol. Sebab itulah kita tengok Klopp tak berapa nak fokus pertahanan secara formasi atau taktikal. Tetapi beliau mahu pemain sendiri berusaha untuk lebih disiplin ketika menerima serangan lawan. Kalau nak hadap bola tinggi memang ada masalah, pemain patut peka terhadap ancaman lawan dengan proaktif tibai lawan sebelum mereka buat gerakan.

25 comments:

  1. Liv 4-0 Wat. Mane, firmino 2, lallana. Coutinho nak tinggalkan kita. Kebanyakan mmng rmai nak join kelab besar kalau diberi tawaran. D ctu la pluang utk naikkan nama dan gaji. Nampaknya kita akan alami prsaan yg sma smsa khilngn suarez. Susah nak cari pengganti mereka. Tapi clyne dah mgaku bliau nak jadi lagenda di liverpool. Itu dpt mgubat ckit prsaan kcewa.

    ReplyDelete
  2. masih xdapat clean sheet..
    lawan kali ni agak berbisa..
    so abam tikam Liverpool 5-1 Watford..
    fuuhhh!
    #ynwa

    ReplyDelete
  3. Liverpool 3-1 watford

    -azhar ynwa-

    ReplyDelete
  4. Kli nie cleansheet 2-0..Anfield you..hahaha

    ReplyDelete
  5. liv 3-1 watford..
    jfkberger

    ReplyDelete
  6. 3-0 ini kalilah menang dgn baju yg bersih

    ReplyDelete
  7. 4-1 belum ade yang teka lagi.jadi hamba menikam kite menang 4-1.

    ReplyDelete
  8. liv 2 wat 0

    klopp kecik hati orang kata defen dia tak kuat. ambik ko..

    ReplyDelete
  9. Liverpool 4-0 Watford

    kumai

    ReplyDelete
  10. Liverpool 1 - watford 0
    Kluangman

    ReplyDelete
  11. Burung liver 2-0 Watford..
    Lwn watford adalh ujian berat utk liver.. Sbb watford slh stu team bwh musim lps y konsisten pungut poin musim ni.. N faktor mrka mng lwn United akn mbkr smgt mrka utk cba merampas 3 poin skligus merobekkn tembok anfield y smp skrg x trsa kekalahan lg d tmpt sndri.. Hope all player get ready..

    ReplyDelete
  12. liverpool 3-2 watford

    -cucu mak leha-

    ReplyDelete
  13. Kasi Up ... Kawkaw Punye

    Liverpool 7 - 2 Watford

    ~EncikNurud~

    ReplyDelete
  14. liv 3 - 0 wat
    ini kali lah clean sheet
    -rajamerseyside-

    ReplyDelete