Pages

May 20, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN MIDDLESBROUGH

Selalunya penutup perlawanan musim-musim sebelum ni hanya sekadar bagi cukup korum pelengkap jadual. Namun lain pula kali ni. Kesemua peminat menantikan detik bersejarah, samada pengakhiran gembira atau kecewa. Atas faktor wajib menang, perlawanan dengan pasukan yang sudah rasmi turun melingkup ke Liga Kejuaraan musim depan, takkan menjanjikan perlawanan pejam mata. Kalau pun Boro memang takda apa nak diperjuangkan namun mereka akan cuba nak main sebaik mungkin dan mungkin mahu jadi tajuk berita "Boro hancurkan harapan Liverpool ke Liga Juara-Juara".

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Emre
Lana   Gigi
Coutinho
Origi  Sturridge

Kemenangan tempohari dengan West Ham pembuka lembaran baru kerna Klopp buat pertama kali berikan Coutinho posisi baru ditengah bukan lagi dibahagian sayap. Formasi berlian 41212 memang bukan pilihan Klopp sebelum ni, tetapi dengan ketiadaan Firimino, tak sangka taktikal baru tu membuahkan hasil cukup lumayan. Bukan setakat 4 biji gol, malah pertahanan langsung tak bolos. Mungkin sekali lagi dengan skuad sedia ada, Klopp takkan mengubah taktik terbaik itu ke 433 kembali.

Abam sendiri yakin Klopp cukup bersedia untuk perlawanan dengan Boro. Tekanan perlawanan camni macam final. Perlu menang dalam apa jua keadaan. Main kena peka juga walaupun nak serang cari gol. Sebab lawan pun takkan nak mengalah bagi perlawanan menang percuma.Pemain mereka macam Negredo cukup bahaya jika bek kita ralit. Malah pertahanan diketuai Valdes kadang2 kebal juga.

Perlawanan ahad nanti akan berjalan serentak. Selain kita yang mahu ke Liga Juara-Juara, Arsenal pun ada peluang saksama untuk ke sana. Namun mereka bergantung kepada nasib perlawanan kita. Sang Meriam harap kita kalah. Malah City juga yang konpom ke UCL perlu sekurang2 seri dengan Watford untuk elak jatuh ke posisi ke-4. Kiranya perlawanan ke-38 ni memang menarik dan penuh dengan drama.













17 comments:

  1. Liv 3-1 boro
    Aleym

    ReplyDelete
  2. liv 4 - 0 boro
    -stan-

    ReplyDelete
  3. apapun nak menang jgk. 3-0. lana,sturridge dan milner. klau klah xpelah..uel pun ada. nak rebut balik piala sptutnya boleh mng musim lalu. klau ke ucl tapi x juara rugi jgk. klau piala uel ada potensi skit liverpool nak pegang.

    ReplyDelete
  4. last game kasi kaw² plzz..
    abam tikam Liverpool 5-0 Middlesbrough..
    #ynwa

    ReplyDelete
  5. Tikam liverpool 6-0 middlesbrough
    Hahaha.. Alang2 teka selalu salah..
    Kluangman...

    ReplyDelete
  6. Lineups
    Goalkeeper: Simon Mignolet

    Defence: Joel Matip
    Defence: Dejan Lovren
    Defence: James Milner
    Defence: Nathaniel Clyne

    Midfield: Emre Can
    Midfield: Philippe Coutinho
    Midfield: Adam Lallana
    Midfield: Georginio Wijnaldum

    Forward: Divock Origi
    Forward: Daniel Sturridge

    Injured: Danny Ings
    Injured: Sadio Mane
    Injured: Jordan Henderson

    Coach: Jurgen Klopp
    Goalkeeper: Brad Guzan

    Defence: Fabio
    Defence: Calum Chambers
    Defence: Ben Gibson
    Defence: George Friend

    Midfield: Marten De Roon
    Midfield: Adam Clayton
    Midfield: Adam Forshaw

    Forward: Alvaro Negredo
    Forward: Stewart Downing
    Forward: Patrick Bamford

    Injured: Gaston Ramirez
    Injured: Victor Valdes

    Coach: Steve Agnew

    ReplyDelete
  7. Boro akan memberikan Liverpool Kemenangan mudah 5:0
    Sama-sama kita raikan jika The Red menang mudah.

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah liverpool 3-0 Middlebrough.. Watford 2-2 Mancity.. Kta finish no3 d liga.. Amin

    ReplyDelete
  9. liv 3 mid 0

    bila dah layak liga juara senang sikit nak beli pemain top

    musim depan target juara epl

    ReplyDelete
  10. Liverpool 3 - 0 boro
    Wajib mng bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last game pun boleh teka tepat lagi.memang champion lah brader.kena menuntut nie.hahahaha...

      Delete
  11. Barisan pertahanan perlu dibeli,sturridge perlu simpan(sub),beli dua orang penyerang hebat,penjga gawang tak payah..minulet dan loris dah cukup..barisan muda diterap ke dalam barisan senior.

    ReplyDelete
  12. MOHD FAZLIN MUNTAR
    Mr.Reds Anfield
    ole kopite
    Khairul Bell

    Tahniah kepada pemenang minggu ni. Dan juga Khairul Bell sebagai peneka tepat musim ni. Posting pasal juara akan dikeluarkan selepas ni bersama juara Fantasy Football yang juga sengit sampai perlawanan terakhir.


    ReplyDelete