Pages

May 12, 2017

LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Dengan kemenangan Arsenal keatas Soton, saingan ke posisi 4 terbaik kembali terbuka. Tak semua selesa termasuk City. Menyu dan Arsenal memang akan harap pasukan atas ditimpa musibah. Kita hanya perlu salahkan diri sebab kutip 1 mata dengan Soton. Kalau tak dah tak berapa nak pening nak risau saingan Menyu dan Arsenal.

Berita pasal pasukan West Ham yang alami krisis kecederaan ramai pemain utama satu bonus buat kita. Ni peluang baik untuk menindas mereka yang dilanda musibah. West Ham cukup badi sebelum ni bila mereka punyai barisan terkuat. Namun Bilic musim ni macam hilang kesaktian salah satu sebab Hero musim lepas Dimitri Payet dah belah.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Grujic Emre
Lana Stur Cou

Pasukan kita cuma kehilangan 2 tonggak harapan dari Brazil Firmino dan Lucas. Nak kata panik tak juga sebab ini peluang terbaik untuk ketengahkan Sturridge dalam peranan utama ganti Origi. Origi agak hamlau kebelakangan ni mungkin sebab dok berasa tiada saingan. Sekarang tiba masanya Mat Stur ajar Origi camna nak jadi penyerang utama.

Kita nampak kelibat Grujic pada perlawanan Soton. Nyaris mamat galah tu nak jaringkan gol minit akhir. Kalau Lucas tak sempat cergas , Grujic orangnya calon boleh kemaskan bahagian tengah. Susuk tinggi dan sado harap tak lembik nak bertempur dengan tengah lawan. Sebenarnya abam rasa Klopp bakal letak Grujic sebagai pemain kotak ke kotak bersama Gigi dan Emre ditengah bertahan.

Kat Stadium Olimpik nanti West Ham sebagai tuan rumah. Secara tak rasmi mereka mungkin bakal main susun bas untuk basmi kekuatan kita. Kalau dengan Soton kemain sukar nak lolos, mungkin kalau West Ham main gitu Klopp kena ubah plan lain. Abam tengok banyak pasukan atasan yang tapau mereka main secara lebih pantas dikawasan kotak gol.

Jadi Klopp kena elak main hantaran mudah diluar kubu lawan. Maka kalau boleh buat hantaran kedalam kotak dengan pantas sekerap mungkin. Biar rugi buang bola takpa, kena ambil risiko sikit untuk dapatkan peluang lebih bahya untuk robek kubu lawan. Sebab tu kalau Sturridge main tahap keyakinan peminat ketika dia beri persembahan terbaik lawan Soton berikan sinar harapan.

Klopp dalam misi 3 mata untuk realisasikan posisi 3 atau 4. Klopp sendiri cakap jika tak dapat kelayakan ke Liga Juara Juara, punah harapan nak dapatkan pemain sasaran utama. Ramai pemain yang kita dok usha idamkan pasukan  Liga Juara Juara. Sebab itulah bila kita tak layak ataupun sekadar ke Liga Europa tak pasti samada kita dapat pemain idaman atau sekadar dapat gred B. Nasib dikaki sendiri dan pemain perlu berikan sebaik mungkin dalam misi sukar di Stadium Olimpik.


17 comments:

  1. Lineups
    Goalkeeper: Adrian

    Defence: Jose Fonte
    Defence: Winston Reid
    Defence: James Collins

    Midfield: Manuel Lanzini
    Midfield: Sam Byram
    Midfield: Edimilson Fernandes
    Midfield: Haavard Nordtveit
    Midfield: Aaron Cresswell

    Forward: Andre Ayew
    Forward: Jonathan Calleri

    Injured: Pedro Obiang
    Injured: Andy Carroll
    Injured: Michail Antonio
    Injured: Diafra Sakho
    Injured: Cheikhou Kouyate
    Injured: Angelo Obinze Ogbonna
    Injured: Mark Noble

    Coach: Slaven Bilic
    Goalkeeper: Simon Mignolet

    Defence: James Milner
    Defence: Nathaniel Clyne
    Defence: Dejan Lovren
    Defence: Joel Matip

    Midfield: Georginio Wijnaldum
    Midfield: Emre Can
    Midfield: Adam Lallana

    Forward: Divock Origi
    Forward: Philippe Coutinho
    Forward: Roberto Firmino

    Injured: Sadio Mane
    Injured: Danny Ings

    Coach: Jurgen Klopp

    ReplyDelete
  2. aq tngok prlawnn che lwan mddles tempo hari. satu cara nak tembuskan benteng iaitu dgn cara pnyrang sntiasa brsdia nak running utk di pass oleh mdf dan pastikan btul2 x offside. player che bijak buat huru hara benteng dgn cara tiki taka di tengah secara pantas, bkn dgn tenang. My score 2-0. lana dan coutinho.

    ReplyDelete
  3. west ham 1 - 2 liverpool

    -stan-

    ReplyDelete
  4. abam tikam West Ham 1-3 Liverpool..
    #ynwa

    ReplyDelete
  5. wes 1 liv 3

    ada lg 2 game tinggal, kalo menang dua-dua ni...

    boleh seri dengan khairul bell ..he..he..

    ReplyDelete
  6. West 0 - 3 Liverpool
    Kluangman
    Kasi betul teka kali ni...

    ReplyDelete
  7. Cucu mak leha cuba menyamakan kedudukan untuk teka keputusan last game nie.juara tetap khairul bell.cuma dia juara tunggal atau juara bersama.macam nak menang liga pulak.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya cucu mak leha x bnyk pun buat tekaan seasons ni berbanding sy yg hanya terlepas 1 game. Bayangkan kalau setiap perlawanan cucu mak leha buat tekaan . Sy rasa juara pasti milik dia

      Delete
    2. Jangan Lupa bro.. cucu mak leha bekas pemenang edisi tahun lepas. Tapi rasanya Khairul dapat kot kali ni

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Lebih kepada lucky(Liv.) and unlucky West Ham)

    ReplyDelete