Pages

Jan 13, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN MAN CITY

Mungkin ada yang hairan sebab apa abam tak buat tulisan pasal majlis perpisahan Coutinho. Bukan sebab geram atau kecewa, tetapi pemergian beliau beri seribu satu rahmat disebalik kekurangan yang beliau tinggalkan. Coutinho blah tak sama macam Torres atau Suarez, sebab mereka berdua lebih penting dalam kesebelasan jika kehilangan berbanding Coutinho. Kita cuma kehilangan mamat yang boleh gelecek dan rembat dari jauh serta lorongan bagus.

Abam nampak struktur pasukan bukan pada Coutinho, tetapi lebih kepada Firimno. Kalau Firimno blah, kelamkabut sikit nak cari perampas bola dari atas yang semantap beliau dipasaran. Sebab itulah Klopp nak Firimino sain kontral baru sampai pencen. Jadi nak bagitahu tempat Coutinho kita boleh cari pemain yang lebih susuai dengan pasukan. Maksud abam yang punyai kebolehan kreativiti dan juga kena cari yang boleh menambah pedas dalam aksi bertahan.

Sebab Coutinho memang lembik nak tolong bertahan dan banyak gol kantoi sebelah kiri akibat ketidakkemampuan beliau untuk bantu bertahan. Ini fakta bukan auta. Tak caya cuba korek-korek artikel ataupun dalam analisa Opta sekalipun. Sebab itulah Klopp tak berasa sangat bila nak cari pemain kreatif, tetapi dia kalau nak boleh cari pemain yang nak ganti Coutinho yang lebih sempurna dari segi wasatiyah menyerang dan bertahan. Sebab itu nama Lemar jadi siulan dan abam yakin dia pemain sesuai seperti seperti keperluan itu.

Mignolet
Trent Matip Van Dijk Rob
Emre Gini
Salah Lallana Mane
Firmino

Kembali kepada tajuk asal, lawan Man City. Mereka pasukan yang mantap, semua orang tahu. Tetapi mereka bukan datang dari planet lain dengan main bola dengan 4 kaki atau punyai kuasa tahap jin. Apa yang membuatkan mereka buat pasukan lain jadi pencacai ialah satunya lawan biar mereka kuasai permainan. Bila mereka main dengan sepenuh kekuatan dan corak mereka, maaf cakap korang tahulah kan camna kita kena kemaluan besar 5-0 dulu kan. Aspek penting ialah kucar-kacirkan mereka dari keselesaan mereka main bola dari bawah.

Sebab itulah selain trio Firimno, Salah dan Mane, Lallana adalah aspek penting untuk main bertahan dari atas. Lebih penting bila bola berada ditengah kita perlukan pemain agresif dan fizikal untuk gagalkan kreativiti Silva dan De Bruyne. Abam tak rasa Sane dan Sterling hebat sangat jika pemain tengah kena ikat. Sebab itulah walaupun dengan Van Dijk kita perlu pertahanan dan tengah serta atas bekerja sama untuk sekat serangan bila bola berada dikaki lawan itu sahaja.

Harap kita berjaya jadi pasukan pertama lebur rekod hebat tak terkalah City musim ini. Kalau itu terjadi ianya jadi pembuka halangan minda untuk pasukan kita habiskan baki separuh kedua liga dengan prestasi terbaik. Namun dari pandangan yang lain, abam taknak terlebih yakin. City ada kekuatan tersendiri dan mereka punyai pengurus cerdik dan licik bertaraf dunia. Kalau setakat seri pun itu dah kira berbaloi sangat sebab kita perlukan semua kekuatan yang ada termasuk nasib yang baik.

25 comments:

  1. aq nak liverpool psukan prtma klahkan mc di liga inggeris. liv 3-0 mc

    ReplyDelete
  2. liv 1 manc 0

    liverpool boleh

    ReplyDelete
  3. »Lineups
    Goalkeeper: Simon Mignolet

    Defence: Joel Matip
    Defence: Virgil van Dijk
    Defence: Andrew Robertson
    Defence: Joseph Gomez

    Midfield: Georginio Wijnaldum
    Midfield: Alex Oxlade-Chamberlain
    Midfield: Emre Can

    Forward: Mohamed Salah
    Forward: Roberto Firmino
    Forward: Sadio Mane

    Injured: Alberto Moreno
    Injured: Jordan Henderson
    Injured: Daniel Sturridge
    Injured: Danny Ward
    Injured: Nathaniel Clyne

    Coach: Jurgen Klopp
    Goalkeeper: Ederson Moraes

    Defence: Nicolas Otamendi
    Defence: John Stones
    Defence: Fabian Delph
    Defence: Kyle Walker

    Midfield: Fernandinho
    Midfield: David Silva
    Midfield: Leroy Sane
    Midfield: Raheem Sterling
    Midfield: Kevin De Bruyne

    Forward: Sergio Aguero

    Injured: Gabriel Jesus
    Injured: Benjamin Mendy

    Coach: Josep Guardiola

    ReplyDelete
  4. xmintak bnyk,mintak balas dendam blk je..
    abam tikam Liverpool 3-1 Man City
    #ynwa

    ReplyDelete
  5. sekarang tengah tular lagu..salah..mane-mane,formino and we sold outinho..

    ReplyDelete
  6. Liverpool 2-1 city

    -cucu mak leha-

    ReplyDelete
  7. Kluangman
    Epool
    Liverpool 2 - 1 Mak Siti

    ReplyDelete
  8. Liv 2 - 1 citeh
    -Miker-

    ReplyDelete
  9. Liverpool 3 - 2 Man City

    ~EncikNurud~

    ReplyDelete
  10. Liv 1-1 city
    -rajamerseyside-

    ReplyDelete