Pages

Feb 3, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SPURS


Hanya Van Dijk pembelian Januari. Duit penjualan Coutinho tolak duit Van Dijk ada belen £67juta , towkey Amerika boleh buat duit tepi deposit 6 bulan dalam bank makan faedah.  Klopp ambil risiko tak ganti Coutinho sebab dia mahu tengok kemampuan pemain kreatif macam Ox dan Lallana menggalas tugas peninggalan Coutiho. Lagipun mungkin benar tak banyak kelab nak lepaskan pemain utama sebab takut terganggu perancangan pasukan. Kalau nak juga-juga, mesti harga kena pow tinggi macam tak biasa.

Imbas balik perlawanan dengan Huddersfield, abam tengok Klopp telah melakukan taktikal bijak. Awal permainan main taktik 433 dan balun Hudd 2-0. Namun apa yang menarik ialah separuh kedua dengan pemain yang sama Klopp ubah jadi 343 dengan Gomez jadi bek ketiga dan Emre banyak kesebelah kanan. Ini langkah berjaga-jaga taknak jadi macam perlawanan City dan WBA yang bahagian bawah kena pedajal lawan. Namun begitu Hudd memang tak nampak begitu bahaya sebab mereka tak punyai penyerang laju macam WBA yang punyai Jay Rodriguez.

Karius
Gomez Matip Van Dijk Robertson
Emre Hendo Gigi
Salah Firmino Mane

Spurs memang nampak garang selepas membaham Setan Merah 2-0. Kita tahu trauma 4-1 dulu masih jadi igauan ngeri. Salah satu punca Lovren main sambil tidur, dua kali kena pukau dengan Kane. Tambahan pula ketika itu tak lain tak bukan Moreno disisi beliau dibahagian kiri. Memang pakej lengkap. Sekarang kemasukan Van Dijk serta Robertson kita nak tengok apakah Kane boleh bongkak lagi cam haritu. Malah abam harap Lovren dapat main perlawanan ini bersama Van Dijk, tetapi itulah si Lovren ni cepat panik jika orang dok buat dia jadi lubuk. Jadi realistiknya Matip akan bersama Van Dijk.

Nak kelahkan Spurs kena agresif kat tengah. Bukan main ganas tetapi jangan beri peluang pemain tengah mereka kuasai permainan. Setiap bola dapat kepada Erickson atau Alli cukup bahaya sebab mereka punyai kreativiti untuk melakukan hantaran bahaya kepada penyerang utama. Boleh kata, prestasi bahagian tengah mereka bawah skit dari Man City. Bukan nak puji lawan, tetapi hakikat tu kita perlu akur sebab itulah kekuatan mereka setakat ini. Contoh Kane kalau main kat Menyu dengan taktikal dan kualiti pemain tengah pasif , mungkin sama saja macam Lukaku.

Bila Hendo kembali dan abam lega sebab dia nampak kembali ke prestasi terbaik. Tambahan pula Emre yang dibebaskan dengan tugasan bertahan nampak gempak dengan gol pembukaan lawan Hudd. Setelah dapat kecaman main teruk, Klopp mungkin nampak prestasi Emre disebabkan posisi beliau main tak kena dengan karektor beliau yang tak punyai disiplin untuk bantu pertahanan. Abam masih mahu Emre kekal, sebab dia masih muda dan banyak masa untuk perbaiki diri. Tetapi jika dia sendiri nak belah apakan daya, paling kurang kita nak beri persembahan konsisten bukan main sambil lewa sampai tamat kontrak.

Antara Salah dan Firmino abam tak peduli sangat kerana mereka dalam prestasi terbaik, hatta dalam perlawanan yang mereka tak jaringkan gol sekalipun. Tang Mane tu abam sedikit gusar sebab dia nampak lemau sejak awal musim. Dia tak macam musim sebelum Salah datang. Kekuatan Mane bukan jaringan gol, tetapi kebolehan menipu lawan dengan gerakan licik untuk menembus kubu lawan.. Lawan Hudd sbelum ni Mane nampak naik sikit persemabhan cuam dia banyak peluang nak jaringkan gol tapi kantoi.  Kita nak lawan Spurs nanti dia bangkit kembali. Sebab abam dok rasa Mane akan jadi duri dalam daging kepada Spurs nanti.

30 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Liv 1 - 2 Spud

    - Miker-
    Kita xstabil lg

    ReplyDelete
  3. liv 2-2 spurs
    -stan-

    ReplyDelete
  4. Lineups
    Goalkeeper: Loris Karius

    Defence: Joel Matip
    Defence: Virgil van Dijk
    Defence: Andrew Robertson
    Defence: Joseph Gomez

    Midfield: Jordan Henderson
    Midfield: Emre Can
    Midfield: Alex Oxlade-Chamberlain

    Forward: Mohamed Salah
    Forward: Roberto Firmino
    Forward: Sadio Mane

    Injured: Nathaniel Clyne

    Coach: Jurgen Klopp
    Goalkeeper: Hugo Lloris

    Defence: Davinson Sanchez
    Defence: Jan Vertonghen
    Defence: Ben Davies
    Defence: Kieran Trippier

    Midfield: Mousa Dembele
    Midfield: Heung-Min Son
    Midfield: Dele Alli
    Midfield: Christian Eriksen
    Midfield: Eric Dier

    Forward: Harry Kane

    Injured: Harry Winks

    Coach: Mauricio Pochettino

    ReplyDelete
  5. liv 2 tot 0

    tak update result ka? he.. he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori bro tak perasan. thx sbb reminder. dh update bro.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hari tu terlepas nak tikam..
    hari ni abam tikam Liverpool 3-1 Spurs
    #ynwa

    ReplyDelete
  8. Liv 2-2 spurs

    -cucu mak leha-

    ReplyDelete
  9. Liverpool 3 - 2 Spurs

    ~EncikNurud~

    ReplyDelete
  10. Lineups
    Goalkeeper: Alex McCarthy

    Defence: Wesley Hoedt
    Defence: Ryan Bertrand
    Defence: Cedric Soares
    Defence: Jack Stephens

    Midfield: Sofiane Boufal
    Midfield: Dusan Tadic
    Midfield: Oriol Romeu
    Midfield: Mario Lemina
    Midfield: James Ward-Prowse

    Forward: Guido Carrillo

    Injured: Charlie Austin

    Coach: Mauricio Pellegrino
    Goalkeeper: Loris Karius

    Defence: Dejan Lovren
    Defence: Virgil van Dijk
    Defence: Andrew Robertson
    Defence: Trent Alexander-Arnold

    Midfield: Georginio Wijnaldum
    Midfield: Alex Oxlade-Chamberlain
    Midfield: James Milner

    Forward: Mohamed Salah
    Forward: Roberto Firmino
    Forward: Sadio Mane

    Injured: Joseph Gomez
    Injured: Nathaniel Clyne

    Coach: Jurgen Klopp

    ReplyDelete
  11. Sou 1-4 liverpool.
    Salah hatrik.
    -rajamerseyside-

    ReplyDelete
  12. soton 0 - 2 liv
    -stan-

    ReplyDelete