Pages

Jul 8, 2018

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 7-0 CHESTER



Separuh pertama:
 Karius, Clyne, Gomez, Phillips, Moreno, Fabinho, Jones, Woodburn, Wilson, Solanke, Origi.

 Separuh kedua:
 Ward, Robertson, Klavan, Chirivella, Camacho, Milner, Keita, Kent, Ojo, Ings, Sturridge.

Waktu perlawanan Liverpool-Chester berlaga masa dengan England-Sweden. Ada siaran langsung dalam Astro Go dan Aplikasi lain, cuma ramai yang tak sangka perlawanan tak gelemer camni dapat penyiaran Astro. Jadi untuk perlawanan selepas ni jangan terlepas pandang lagi, Astro akan buat siaran lansgung khas buat peminat Liverpool. Abam rasa orang dalam Astro punya kerja sebab pasukan lain takda pun nak dapat peluang camni.

Memang ibarat kancil dan gajah , pasukan Liga Konferen, Chester nak beradu kekuatan. Perlawanan ni sekadar nak bantu kewangan Chester. Semua duit tiket sedekah kat mereka. Oleh itu jangan anggap yang keputusan 7-0 itu ialah sesuatu kebanggan. Liverpool main dengan campuran pemain untuk kedua-dua separuh masa. Keputusan sebenarnya tak penting sangat, cuma Klopp sedang meneliti setiap pemain samada tua atau muda.

Mungkin kita teruja dengan beberapa pemain sebab persembahan mereka nampak hebat. Paling menonjol ialah Sturridge yang nampak begitu gah dengan 2 gol. Bukan itu sahaja, dia nampak cergas dan lincah macam bukan panggilan Mat Kaca yang orang selalu kondem. Abam rasa Klopp pun terkezut dengan perkembangan beliau. Cuma jangan lupa, selalunya pemain bila dah tersepit dan berita dia nak kena jual tersebar , mungkin itu nampak kemain garang main malam tadi.

Wilson jadi perhatian sebelum pra-muism bermula. Banyak kelab berebut nak beliau secara pinjaman, sebab diorang tahu prestasi Wilson masa kat Hull musim lepas cukup mengancam. Paling terkini Brendan kena rejek untuk bawa Wilson ke Celtic. Rasanya buang masa nak pinjam keluar sebab Wilson dah tunjukkan kepada Klopp dia cukup bersedia dengan 2 gol malam tadi. Cara dia main nak meniru Mat Salah, masuk dari sayap dan cilok ketengah sumbat gol.

Selain itu ramai teruja dengan Naby Keita pembelian tertangguh musim lepas. Klopp sendiri cakap dia mudah sesuai corak Liverpool berbanding Fabinho. Keita nampak begitu mantap, dan kita nampak cara dia main macam Mat Gandum, cuma lebih cemerlang ketika bertahan dan buat serbuan rampasan bola. Sebab tu ada ura-ura Klopp mungkin akan dengar sebarang bidaan untuk Gandum, jika pemain itu sendiri rasa terancam dengan kehadiran Keita dan Fabinho.

Dalam pada itu masih ada pemain yang agak tenggelam dan mungkin akan dijual atau dipinjam keluar. Origi calon utama. Bukan sebab perlawanan dengan Cheseter saja dia hambar, masa pinjaman kat Wolfberg pun dia kelaut gak. Woodburn tak macam pra-musim lepas, nampak kali ni dia agak tengelam sikit. Camtu gak dengan Ings yang sumbat gol , namun dia nampak berkarat teruk kalau nak banding Mat Kaca nampak lagi cergas.

Pemain lain boleh dikatakan ok ok sahaja. Mungkin nampak lemau faktor rehat banyak sangat sebab dok hayun telur kat bangku simpanan. Kita tunggu perlawanan lepas ni dengan Tramnere pagi rabu. Mungkin pemain lain macam Van Dijk pula akan turun main. Pemain yang terlibat dengan Piala Dunia walaupun pasukan yang balik awal, akan cuti rehat dulu. Mungkin semua pemain utama bakal berkumpul di jelajah Amerika Syarikat, masa lawan Borussia Dortmund 22 Julai nanti.

3 comments:

  1. Share CryptoTab Browser with your friends and get additional % from their BTC revenue.

    Explain benefits of active CryptoTab browser usage to people that you invite.
    The more profit they got, the more you earn!

    https://get.cryptobrowser.site/1884299

    ReplyDelete
  2. Bandar CASINO ONLINE Terpercaya Indonesia
    SBOBET CASINO
    MAXBET CASINO
    368BET CASINO
    GD88
    CBO55
    WM CASINO
    SV388 sexy baccarat
    SV388 venus casino

    Minimal Deposit Hanya 50rb Anda Sudah Bisa Memainkan Semua Permainan Judi Casino.

    Dapatkan Juga Bonus Rollingan Live Casino 0.5% + 0.7%

    Info Lengkap Pendaftaran Akun & Promo :

    BBM: BOLAVITA
    WeChat: BOLAVITA
    WA: +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita

    ReplyDelete

  3. Modal 20rb Bisa Dapat Jutaan Rupiah

    Pasti Gak Percaya?

    Gak Maksa sih, Tapi Kalau Pengen Ikutan Juga, cek KWIK KWIK KWIK aja


    HUBUNGI >>> AGENS128


    (BBM) : AGENS128
    (WhatsApp) : 085222555128

    ReplyDelete