Pages

Jul 22, 2018

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN DORTMUND


📅 Isnin, 23/7 
⏲️ 4:05 pagi ini ! 
📍 Bank of America Stadium
📺 Astro 816/834 HD

Pasukan liverpool dah sampai ke Negara Pak Cik Sam sempena pertandingan "International Champions Cup 2018". Jelajah Amerika bukan lawan pasukan MLS, tetapi beradu dengan Dortmund dan Menyu dan Citeh. Seramai 29 pemain dari Anfield dibawa, tak termasuk Alliison dan beberapa pemain yang dapat cuti khas sempena Piala Donia. Pemain yang tak dibawa tanpa sebarang keuzuran paham-paham lah, sedang cari majikan baru lar. Markovic salah sorang kot.

Kali ni Salah dan Mane mungkin akan dapat turut serta dengan rakan yang dah 4 kali main. Lawan dengan pasukan Dortmund bukan lagi macam lawan pasukan British sebelum ni. Pasukan mereka punyai pemian berkaliber dan mantap. Ramai yang dulu naik sebab Klopp. Boleh kata persiapan lawan Dortmund untuk uji setiap posisi dengan lebih mendalam.

Paling nak tengok camna pemain serangan yang bakal Klopp ketengahkan nanti. Siapa dia nak kekalkan sebab antara Sturridge, Origi dan Solanke, siapa bakal jadi calon pembantu Firmino. Setakat sekarang, Sturridge nampak didepan, Solanke sederhana dan paling koman Origi. Mungkin ujian dengan kelab cikai nampak Mat Kaca paling terbaik, dengan pasukan elit Solanke dan origi pula yang naik taring, manatahu.

Bahagian tengah rasanya kita lebih ohsem dari Dortmund, itu abam tak peduli sangat. Yang kesah ialah barisan pertahanan yang musim ni takda penambah-baikan. Gandingan bek utama masih Van dijk-Lovren. Masalahnya Lovren balik seminggu sebelum sepak mula dengan West Ham. Setakat sekarang Klopp tengah uji Matip, Klavan, Gomez dan Philip. Matip mungkin nampak pilihan utama cuma abam tengok calon lain pun main baik juga. Pening Klopp nak pilih nanti.

2 comments:

  1. iniah masanya klopp cuba mencari chemistry yg diperlukan bg mengharungi saingan EPL yang bakal berlangsung tidak lama lagi...

    Liv 2-0 dortmund...

    https://get.cryptobrowser.site/1884299

    ReplyDelete
  2. Bandar CASINO ONLINE Terpercaya Indonesia
    SBOBET CASINO
    MAXBET CASINO
    368BET CASINO
    GD88
    CBO55
    WM CASINO
    SV388 sexy baccarat
    SV388 venus casino

    Minimal Deposit Hanya 50rb Anda Sudah Bisa Memainkan Semua Permainan Judi Casino.

    Dapatkan Juga Bonus Rollingan Live Casino 0.5% + 0.7%

    Info Lengkap Pendaftaran Akun & Promo :

    BBM: BOLAVITA
    WeChat: BOLAVITA
    WA: +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita

    ReplyDelete