Pages

Aug 3, 2018

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN NAPOLI

Liverpool vs Napoli
5 August 2018
1:00 pagi 
Dublin, Republic of Ireland
Stadium: Aviva Stadium 

Persiapan makin lengkap. Hanya Hendo dan Lovren masih makan angin. Jelajah Amerika selesai dengan berjaya. Lagipun tak sangka orang Amerika Syarikat yang lebih lebih pentingkan Bolasepak Amerika dan Bola Lisut, mampu berikan sokongan padu. 104 ribu penonton masa lawan Menyu haritu, merupakan rekod tontonan. Boleh nampak peminat Liverpool kat 100K dan belen Setan Merah punya peminat sahaja.

Klopp dah boleh cari keserasian untuk kesebelasan utama. Lawan Napoli mungkin kita nak tengok Klopp letak calon kesebelasan utama dalam satu pasukan dan simpanan masuk dalam masa tambahan. Kiranya buat macam perlawanan sebenar. Sebab hanya seminggu lebih lagi nak bermula sepak mula.

Nasib baik pemain baru tak ramai musim ni. Dan paling akhir nak diperkenalkan ialah goli termahal di dunia. Ramai tazabar nak tengok penampilan Allison lawan Napoli. Sebab tengok dalam latihan kemain kemas hinggakan jurulatih goli Atcherberg pon tercengang tengok punya hebat cara berlatih. Apa pun perlawanan betul baru tau camna.

Napoli bertukar jurulatih. Yang lama ke Chelsea dan yang baru memang kita kenal lama dah Pak Cik Ancelotti. Dia hampir dapat jadi pengurus Liverpool tapi nasib baik Klopp pilihan utama. Kalau Klopp rejek masa tu mungkin sejarah jadi lain. Napoli punyai pasukan terbaik dengan pemain2 hebat, namun mereka dalam kategori kelab saudagar. 

Koulibaly, Hamsik, Marten dan Insigne, rasannya antara pemain yang nampak bagus dalam pasukan Napoli. Yang lain sekadar biasa2. Apa yang akan menguji pasukan kita adalah serangan kilat Merten dan Insigne. Abam suka tengok cara mereka main era Sarri dulu. Kalau Ancelotti lagi bagus daripada Sarri mungkin sengit juga perlawanan itu nanti.

2 comments:

  1. Bandar CASINO ONLINE Terpercaya Indonesia
    SBOBET CASINO
    MAXBET CASINO
    368BET CASINO
    GD88
    CBO55
    WM CASINO
    SV388 sexy baccarat
    SV388 venus casino

    Minimal Deposit Hanya 50rb Anda Sudah Bisa Memainkan Semua Permainan Judi Casino.

    Dapatkan Juga Bonus Rollingan Live Casino 0.5% + 0.7%

    Info Lengkap Pendaftaran Akun & Promo :

    BBM: BOLAVITA
    WeChat: BOLAVITA
    WA: +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita

    ReplyDelete