LIVERPOOL, England – Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan dia belum pasti akan menemui pemilik bersama kelab itu, Tom Hicks selepas pasukannya mengalahkan Bolton untuk kekal pada landasan layak ke Liga Juara-Juara, kelmarin.Hicks menempuh perjalanan sejauh lebih 8,000 kilometer ke Anfield, kelmarin semata-mata untuk melihat Liverpool mengekalkan peluang menduduki kelompok empat teratas Liga Perdana, hasil jaringan Dirk Kuyt dan gol sendiri penyerang Bolton, Kevin Davies.
Pemilik dari Texas itu datang sehari selepas kenyataan terbuka Benitez tentang minat kelab dari Itali, Juventus terhadap khidmatnya.Ia merupakan perkembangan yang menambahkan lagi keraguan tentang masa depan jurulatih Sepanyol itu di Merseyside.Benitez berkata, tiada sebarang perjumpaan dengan Hicks diaturkan, meskipun pengurus itu bersedia untuk mengadakan perbincangan secara terbuka.
“Mungkin saya akan menemuinya. Saya tahu dia berada di sini, tetapi saya hanya risau tentang apa yang berlaku di padang.‘‘Jika dia ada di sini, saya akan berjumpa dengannya, tiada masalah,” kata Benitez.
Kedatangan Hicks mungkin ada kaitan dengan musim perpindahan pemain yang akan berakhir hari ini, walaupun Benitez menegaskan, dia tidak suka membuat bidaan pemain pada saat akhir.
“Bukan senang untuk menemui pemain terbaik, berbanding barisan pemain yang ada sekarang.‘‘Kami sedang meninjau pemain dan cuba mencari seseorang yang bagus untuk pasukan ini,” katanya.
Benitez mahu mengemudi skuadnya untuk berada pada kedudukan layak ke Liga Juara-Juara dan berpegang dengan ‘jaminan’, untuk menduduki empat kelompok teratas liga.
“Saya rasa kami semakin meningkat, anda boleh lihat pasukan ini berusaha keras dan berharap momentum ini dikekalkan.“Saya boleh katakan, kami bakal mengakhiri saingan musim ini pada kelompok empat teratas liga, kerana saya adalah pengurus dan perlu ada keyakinan.“Jika saya katakan ‘tidak’, para pemain juga akan melakukan perkara sama.‘‘Jadi saya harus katakan ‘ya’, kami akan menamatkan saingan pada kelompok empat teratas,’’ kata kata bos Reds.
Liverpool kini satu mata di belakang Tottenham, di tangga keempat.Benitez juga memperkatakan mengenai prestasi Steven Gerrard.Pemain tengah England itu, jelas tidak cergas selepas pertengahan minggu yang mengecewakan apabila seri dengan Wolves, tetapi dia dilihat menghampiri prestasi sebenar ketika menentang Bolton.
“Dia semakin baik, dia mencuba sedaya upaya, ia merupakan perkara utama.“Apabila kami menjaringkan gol kedua, pasukan ini bertambah yakin.‘‘Anda boleh lihat dia adalah pemain yang mampu memberikan perbezaan buat kami.” kata Benitez.
Sementara itu, Owen Coyle merasakan berlaku kekasaran ketika gol kedua Liverpool, walaupun pengurus baru Bolton itu yakin, pemain berbakat seperti pemain Korea Selatan, Lee Chung-Yong, pasukannya mampu mengelakkan zon penyingkiran.
‘‘Saya kecewa dengan cara kami melepaskan kedua-dua gol.“Lucas melakukan kekasaran kerana menarik salah seorang pemain kami.“Pada babak pertama, kami mempunyai peluang gol. Chung-Yong amat lincah, menunjukkan dia seorang yang berbakat, sebab itu saya bersedia untuk berkerjasama dengannya.“Saya gembira dengan persembahan para pemain sejak berada di sini. Kami menentang Arsenal dua kali, dikalahkan Liverpool di tempat lawan, dan menewaskan Burnley minggu ini.“Kami telah meningkat, namun masih banyak perlu dilakukan. Saya percaya kami mampu bertahan dalam Liga Perdana,” kata Owen. – AFP
No comments:
Post a Comment