Pages

Feb 2, 2010

TINGKAP DAH TUTUP


Begitu sunyi sekali berita tentang perpindahan Liverpool kali ini. Tiada pemain sensasi yang sebelum ini dicanang dibawa masuk selain Maxi Rodriguez. Arda Turan masih di Turki. Malah pemain Greek Sotoridis yang HAMPIR ke Anfield semalam tidak kemari. Yang ada hanya perpindahan keluar pemain remaja Jerman,Buchmann ke Fulham serta Ecceleston dipinjam ke Huddersfield.

Dengan itu kita hanya berharap Babel akan menghabiskan masa 6 bulan dengan berusaha keras setelah diberikan peluang terakhir oleh Rafa. Walaupun secara terang-terangnya Rafa memang hanya mahu Babel ke Galastasaray ditukar dengan Turan, tetapi apakan daya kelab Turki itu hanya akan membuat keputusan setelah musim ini berakhir. Sabar sajalah.

Dengan barisan sedia-ada, tiada masalah untuk kembali kesasaran tempat ke-4. Reina ada Cavealari, Glen disamping Carra atau Darby. Kargiakos bermain baik ketika ketiadaan Agger. Maxi menjadi opsyen untuk Benayoun.Mungkin Rafa lebih akan mengutamakan peluang kepada pemain muda dari membeli pemain luar. Darby, Kelly, Spearing, Pacheco serta Ngog akan memperolehi banyak peluang hingga akhir musim rasanya.

3 comments:

  1. ada kemungkinan babel masih boleh bermain baik dengan ketiadaan tekanan untuk dijual

    pemaian Liverpool yang ada, baik pertahanan atau midfield agak ok, kecuali bahagian penyerang

    tapi siapa pun juga player yang bakal diturunkan, ada seorang player yang tidak patut diturunkan sama sekali

    Lucas la siapa lagi!!

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..
    Lucas pasni akan main reserve balik..
    itupun kalo Aquilani x injured..

    ReplyDelete
  3. weeeehhhh!!!!!


    lucas 2 saper??? hahahhaa

    ReplyDelete