Pages
▼
Apr 17, 2012
KEGILAAN FIFA12
Bagi yang main FIFA12 guna pasukan Liverpool tahu betapa azabnya main pakai mod lejen. Walaupun saya dah tahap otai layan gem ni dari siri FIFA97 sampai sekarang saya rasa inilah gem paling baik EA keluarkan. Susah tapi tetap bersyahwat nak main kerana kesempoiannya mengatasi kebanggangannya. PES memang terbaik tapi kena PS dah lingkup main pakai PC tak sesempoi gem FIFA12.
Berbalik dengan gem ini, saya kekalkan kapten Gerrard, Pepe, Agger, Skrtel , Enrique, Johnson, Suarez, Bellamy sebagai teras kepada pasukan Liverpool dan jual kayu mati yang lain termasuk Cole dan Aquilani. Dapat sahaja duit terus saya beli pemain dengan kriteria WAJIB begini.
Acceleration : 85 +
Ball Control : 85 +
Melalui pengalaman saya, atribut tersebut amat perlu untuk main dengan lancar dan pantas. Tiki-taka macam Barcelona dipersetankan kerana AI FIFA12 takkan membenarkan pemain kita pegang bola lama-lama dan pemain lawan akan segera akan cantas kaki jika dok simpan bola lama sangat. Oleh itu saya main serangan pantas dengan Formasi 4-2-3-1 ilham dari taktikal Rafa.
Kesebelasan utama Liverpool FIFA12
Pepe
Johnson Agger Skrtel Enrique
Gerrard Acquah
Lavezzi Suarez Bellamy
Donovan
Dalam dunia sebenar kalau Kenny beli macam saya beli saya rasa musim depan mesti Liverpool boleh dapat kejuaraan liga punya. Konpem.
Aiseh...aku dok main FIFA11 lagi bro...best ke yang baru? Kalau best memang petang ni gak aku pegi beli...heheh...
ReplyDeleteBest broooo.....
ReplyDeletememang best..aku main dah smpai season 2017..bahahaha..pes12 dah kurang tahun ni..mod manager mcm haram...x best
ReplyDeletefifa 2012 best ka ? aku dok maen Pes 2012 Become A Legend ja skrg nie .. Nanti try fifa 2013 la bla dh kluaq kalo gini
ReplyDeletepes 2012 pc pnya lg bes bg saya,,.grafik lg cun npk mcm real gameplay,,mudah nk update patch yg terbaru,,boots ,kit,transfer update,....lani da update MSL pnya patch,malaysia da main world cup,kedah pn mng champion leuege,..wlaupun yg realitinya skrg ni xkuat...hahahaha,....YNWA! yeah
ReplyDeleteKenny dah habis kontrak nanti boleh la tokeysiber pula jadi Manager Liverpool. Tak pun ganti tempat Comolli. Ada berani? Huhu. :YNWA!
ReplyDeletehuhu..laptop aku tak dapat support fifa12. CD die wat pekasam dalam kotak.. tetibe fifa11 aku rosak jugak dan sekarang aku still main FIFA07!!!!
ReplyDeleteaku kurang mnt dgn fifa nie,aku suka lagi pes 2012...YNWA!!!
ReplyDeleteFIFA kali terakhir main FIFA 2002!!
ReplyDeleteWalaupun aku setuju PES terbaik dipasaran..
ReplyDeletetapi aku ttp suka FIFA sbb dok main Low Legue team..
Div 4... main team Power maner best..
x uji minda mcm main pasukan Swindon Town atau Southern United