Pages
▼
Apr 17, 2012
PENCALONAN PENGARAH TEKNIKAL
Setelah David Dein diam seribu bahasa mengenai tawaran menjadi Pengarah Tenikal Bolasepak Liverpool menggantikan Damien Comolli, Johan Cruyff pula dihebohkan calon terbaik. Tapi sayang sekali lejen bolasepak Barcelona dan Belanda itu dengan rendah diri menolak cadangan itu. Namun beliau secara peribadi mencalonkan anak didik beliau Txiki Begiristain iaitu mantan Pengarah Teknikal Barcelona.
Berbanding resume Comolli dengan Txiki, nampak macam langit dengan bumi kejayaan mereka. Txikilah yang membawa perubahan drastik kepada Barcelona dengan membawa masuk David Villa, Gerrard Pique dan Dani Alves ke dalam pasukan Barcelona yang sekadar membontot Real Madrid suatu masa dulu. Malah tindakan berani beliau membuat pembelian tak berprofil tinggi tetapi efektif membuahkan hasil dimana Barcelona sekarang pasukan No. 1 di muka bumi.
Saya tak pasti Txiki akan ke Anfield atau tidak, tetapi jika beliau sanggup menggalas tugas baru dengan suasan bolasepak yang berlainan, maka beliau takkan keseorangan di Merseyside. Rodolfo Borrell dan Pep Segura bakal menyambut beliau dan mungkin akan menjadikan Akademi Liverpool setaraf dengan La Masia, Barcelona. Sapa tahu.
Apa yang positif dengan Txiki ialah dia pasti akan mengubah sistem pembelian bukan atas faktor Statistik Moneyball yang ntah apa-apa. Tapi saya nampak dia akan beli pemain mengikut falsafah Barcelona punya Tiki-Taka (Pass & Move). Jadi masalah pembelian tak kena dengan taktikal akan dapat dielak. Saya rasa ramai yang teruja dengan mamat ini, tapi tunggu dulu masih banyak calon lain yang sedang melobi untuk jawatan yang sensasi ini.
terbaik....pisang goreng hangat ni...Alex Fergaysun dan FA england pasti membuat onar untuk beliau tidak ke Anfield
ReplyDeleteterima ajelah kalau dia sudi...x payah nk fikir calon lain lagi.kemampuan belaiu dah terbukti..tunggu apa lagi?
ReplyDeletebagus la amek org Spain ! Bawak masuk bebanyak org Sepanyol yang mantap2 !!
ReplyDelete