Pages

May 11, 2013

LIVERPOOL LAWAN FULHAM


Perlawanan ini hanyalah pelengkap jadual bagi Liverpool, tapi sebaliknya buat Fulham. Martin Jol perlu sekurang-kurangnya seri untuk menyelamatkan diri dari masuk kedalam kumpulan terdesak yakni kumpulan yang bakal terjerumus ke Liga Kejuaraan. Keadaan ini mungkin nampak mereka terdesak dan saya rasa mereka bermain dengan sepenuh tenaga dan meletakkan kesebelasan terbaik.

Berbanding dengan pasukan kita, 2 pemain utama telah disahkan terpaksa berehat untuk menjalani pembedahan. 2 pemain tulang belakang yakni Gerrad dan Agger bakal direhatkan dan pengganti beliau mungkin telah sedia maklum Henderson dan Skrtel. Formasi mungkin berubah dengan pasukan kita bakal main 4-4-2 menurut ramalan saya kerana Borini mungkin bakal diturunkan untuk digandingkan dengan Sturridge.

Formasi permata(diamond) lebih baik digunakan daripada dok biar bermain dari tepi dan nampak buang masa dan tenaga. Lucas menjaga kawasan pertahanan untuk mengurangkan bebanan bek tenngah dan Coutinho membantu serangan dan memang cun untuk menjadi perancang utama gerakan. Tugas Henderson dan Downing mudah yakni mereka berlegar-legas atas bawah bantu apa yang patut samada menerang atau bertahan.

Kemasukan Skrtel menggantikan Agger sesuai tapi apakah Skrtel sekarang macam Skrtel musim lepas. Saya harap sangat dia kental semnagat walaupun turun pangkat dan tersisih dari kesebelasan utama. Carragher yang masih bergetah harapnya boleh membantu Skrtel menjadi insan berguna pada perlawanan nanti, kerana Kapten Carragher yang vokal akan dirindui selepas bersara kelak. Enrique dan Johnson mengambil tugas pemain sayap membantu serangan dari  bawah.

Kalau ikut rekod pasukan kita dengan Fulham sebelum ini memang cun, membelasah mereka 4-0. Tapi rekod kita pulak semenjak dua menjak ni pula tak cun lagi dah dok seri memanjang. Mungkin perangai main sambil lewa sebab tiada sasaran macam pasukan lain membuatkan sebegitu, siapa tahu. Perlawanan kali ini saya harap bagilah semnagat sikit penonton nak tengok. Kalau boleh bagi peluang pemain muda yang bersemangat dan mahu tunjukkan kebolehan main sebagai pemain gantian pun jadilah.




7 comments:

  1. boleh cuba pemain muda pulak, Wisdom, Assaidi & Borini

    ReplyDelete
  2. Liverpool 4 - fulham 1

    -Mr. Shoot-

    ReplyDelete
  3. --Amin--

    Liverpool 3 Fulham 0

    ReplyDelete
  4. sekali aku teka seri , liverpool menang besar kali ni aku teka seri gak

    1-1 .... kih kih kih....

    ReplyDelete