Pages

Jun 12, 2013

BEDAH SIASAT MUSIM 2012/13 SIRI 6

Perkembangan positif peningkatan drastik


Perlawanan pertama dalam jadual padat Disember, boleh dikatakan menang nasib jika tengok keputusan. Padahal Liverpool sebenarnya tak bernasib baik untuk menang besar dengan Soton. Suarez memang banyak kali terlepas peluang keemasan namun bek dan goli Soton boleh dikatakan terbaik mlama itu. Namun dengan lawan West Ham, pasukan kita memang cukup bersemnangat dan bangkit dari ketinggalan 2-1 untuk menang 3-2.

Perlawanan dengan Aston Villa memang tak dapat dilupakan. Ini kerana betapa pasukan  kita kalah dengan keangkuhan sendiri kerana terlalu gila menyerang. Kehebatan susuk tegap bernama Benteke memberikan pukulan mau kepada bek kita yang nampak tersangat ceroi dan lemah. Disamping itu kredit juga harus diberikan kepada Reina yang tidak mampu berbuat apa-apa padahal Villa hanya perlukan 3 serangan untuk 3 gol.

Kekecewaan bungkus kepada Villa tidak mematahkan semangat Liverpool. Ibarat singa yang terluka, lawan kali ini, Fulham tak bernasib baik di amuk bagi membalas dendam akibat kekecewan sebelum ini. Empat gol tanpa balas hasil jaringan Skrtel, Kapten, Downing dan Suarez melonjakkan Liverpool ke kedudukan posisi 8 liga, dari posisi 12.

StokeCity memang pasukan badi bagi Liverpool sejak Tony Pulis menjadi pengurus. Mereka main corak keji dengan menggunakan kekuatan fizikal dan melakukan serang balas jika ada peluang. Liverpool masuk kedalam perangkap mereka, walaupun mendahului awal permainan dengan penalti dari Gerrard. Mungkin Pulis telah melihat rakaman Liverpool lawan Villa dan mereka mendapat idea dan menjumpai kelemahan kita.

Penutup tahun 2012 berakhir dengan lakaran kemenangan bergaya dengan pasukan yang dipunyai oleh Towkey Air-Asia, Tony Fernandes. Malam itu adalah malam indah bagi Suarez apabila berjaya menjolok dua biji kedalam gawang QPR yang nampak tak berupaya menjaga beliau yang teramat licik ibarat musang pulut yang dikejar orang kampung akibat mencuri ayam ketua kampung. Agger juga berjaya menambah koleksi gol beliau yang ke-2 musim ini.

Layak kepusingan ke-2 Piala Europa

Group A
TeamPldWDLGFGAGDPts
England Liverpool6312119+210
Russia Anzhi Makhackhala631275+210
Switzerland Young Boys63121413+110
Italy Udinese6114712-54

Bukan setakat layak ke pusingan 32, tapi menggunguli kumpulan A untuk layak bersama-sama Anzhi. Insan yang pernah dikutuk musim lepas Henderson menjadi hero Liverpool pagi itu dengan gol tunggal dan teramat penting untuk Liverpool memburu trofi terakhir musim ini. Kalau tengok mata ,3 pasukan boleh layak termasuk Young Boys yang mengejar sampai kegarisan penamat. Namun apakan daya, perbezaan gol membezakan antara yang layak dan yang kantoi.


No comments:

Post a Comment