Pages

Jun 9, 2013

BIAR CEPAT ASAL DAPAT

kartun cilok dari goal.com
Kerja bagi pencari bakat di Spurs amat  mudah. Beliau akan mengekori dimana sahaja wakil kita pergi. Sampaikan dimana sahaja ada wakil kita berada samada di Vigo atau di Ajax, disitulah langau Spurs ada. Musim lepas sahaja kita terlepas Demspey dan Glyfi dek kerana perangai huduh puak Spurs yang masuk jarum disaat akhir. Nasib baiklah kita dah dapat Allen dan Borini yang lagi sempoi nak mampus dan terbaik dipasaran.

Namun permainan Spurs agak licik. Keupayaan kewangan mereka boleh dikatakan mantap. Ini kerna mereka macam pajak gadai pemain. Beli pemain bagus dengan murah dan jual mahal gila. Sekarang kita teramat perlukan penyerang, pemain tengah dan bek. Kebetulan pula dengan pasukan cap ayam ini juga mahukan penyerang, pemain tengah dan bek juga. Dengan kebetulan itulah senang cerita pasukan kita akan hadapi sekali lagi persaingan untuk mendapatkan sasaran kita.

Tak ramai pemain yang sanggup datang ke Anfield berbanding White Hart Lane, jika tawaran pakej gaji yang diberikan kita agak kurang dari Spurs. Bagi kes Suarez dulu, nasib baik Harry Reknapp sayang duit dan sanggup dapatkan Adebayor secara pinjaman dari Man City. Malah apa yang saya dengar AVB ada teringin nak dengan Sturridge tapi masih percayakan Defoe. 2 kes terpencil ini adalah bagaimana sasaran Spurs dapat kita cillok kerana tanggapan dan perkiraan mereka bahawa 2 pemain itu tak berbaloi bagi mereka.

Jadinya taktik Brendan untuk menyegerakan pembelian pemain bagi mengelakkan pisang berbuah lapan kali. Saya puji tindakan ini. Ianya lebih membawa kebaikan kerana buat masa sekarang. Suarez, Gerrard dan Sturridge telah sah bakal tak dapat main awal musim depan akibat penggantungan dan masalah kecederaan. Manakala bek tengah amat perlu bagi menggantikan Carragher yang bersara. Pepatah bior lambat asal selamat tak boleh pakai dalam kes sekarang disebabkan oleh perangai huduh Spurs.


2 comments:

  1. kerja senang spurs, ambil pemain LFC nak hehe

    ReplyDelete
  2. aku percaya Borini boleh jadi bagus musim depan, kalau tak cedera dan bagi posisi yang dia suka main... cuma aku harap tak beli player yang lembik dan kecut, kalau tak kena siku, penerajang, fly kick, kung fu cantona bukan EPL la namanya...

    ReplyDelete