Pages

Jun 14, 2013

EMAIL MENGENAI MASA DEPAN SUAREZ

Klik imej untuk paparan besar
Heboh juga cerita pasal email Ian Ayre, Pengarah Urusan Liverpool mengenai masa depan Suarez. Apa yang saya faham, Liverpool bakal menjual Suarez selepas beliau puilang dari Piala Konfederasi dan cuti hujung musim ini. Real Madrid dikatakan sedang dalam perbincangan untuk membeli Suarez dan keputusan akan diambil pada 13 Julai, lebih kurang sebulan lagi.

Malangnya pihak pengurusan Liverpoolfc dalam sidang media menafikan dan mengatakan email itu palsu belaka. Mungkin penafian itu ada betul kerana format email itu boleh direka seseorang jika mereka pernah berkomunikasi dengan pihak pengurusan Liverpoolfc melalui email.  Setakat benda kacang macam tu budak sekolah pun boleh buat. Tapi kalau nak percaya atau tak tunggu 13 Julai ini sebab pengurus Real yang baru mesti ada kata putus sendiri untuk membeli sesiapa.

No comments:

Post a Comment