£15.5juta + £2juta elaun + £31.2juta Gaji selama 6 tahun = £48.7juta. Itulah kegilaan West Ham untuk mendapatkan pemain yang 3 musim lalu sebelum disunting Liverpool, merupakan pemain paling dikehendaki seantero Eropah. Nasib baiklah Liverpool hanya menanggung pemain yang berbakat ini selama 2 musim sahaja, kalau tidak pelaburan £35juta+ £2juta elaun + £40juta Gaji selama 5, kira sendirilah berapa kerugian terkumpul yang bakal dihadapi. Walaupun pembelian beliau ditakrifkan sebagai pembelian panik dan juga penentu melingkupnya kerjaya Dlaglish. Jangan lupa Carroll telah menjadi sejarah yang tak bleh dipadam sebagai pembelian termahal Liverpool dan juga paling gagal mengatasi Keane, Aquilani dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment